Malaysia kaya dengan buah-buahan yang bukan saja lazat malah
mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk badan.Ramai gemar menikmatinya
namun tidak ramai yang tahu manfaat di dalamnya.mari kita rungkai rahsia di
sebalik buah-buahan ini.
RAMBUTAN
Jangan tidak tahu,buah ini mempunyai
pelbagai khasiat bermula daripada kulit,daun,biji dan akar.Ini kerana buah ini
mengandungi karbohidrat,protein,lemak,fosfor,besi,kalsium,dan vitamin C .kulit
buah mengandungi tannin dan saponin.Biji mengandungi lemak dan polifenol.Daun
mengandungi tannin dan saponin.Kulit batang mengandungi
tannin,saponin,flavonida,pectic substance,dan zat besi.Antara khasiatnya ialah
·
Kulit buah-mengatasi masalah demam.Ambil 15 gram
kulit buah yang kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga
mendidih.Tapis dan minum.Amalkan tiga kali sehari.
·
Kulit pokok-mengatasi masalah ulser.cuci kulit
kayu rambutan sebesar tiga ruas jari.kemudian rebus dangan dua gelas air besih.
Gunakan untuk berkumur selagi panas.
·
Daun-menyembuhkan cirit birit dan menghitamkan
rambut.Tumbuk daun sehingga halus.kemudian,tambahkan sedikit air dan gaul
sehingga rata.Tapis air kemudian gunakannya untuk membasahkan rambut.lakukannya
setiap hari.
·
Biji-mengatasi masalah kencing manis. Lima biji
rambutan dipotong kecil dan digoreng sehingga kuning kehitaman.kemudian tumbuk
biji sehingga halus dan campur dengan air panas.selepas sejuk,minum bahagian
air yang kekuningan manakala hampasnya dibuang.amalkan tiga kali sehari.
DURIAN
Baunya mungkin tidak menyenangkan bagi
sesetengah individu namun jangan tidak tahu,raja buah ini mengandungi pelbagai
khasiat.Buah ini mengandungi phytonutrien yang tinggi sehingga mampu menurunkan
kadar kolesterol serta membersihkan darah.Ada kajian mendapati durian dapat
mengelakkan jangkitan kulat.Ini kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu
sel darah putih menghasilkan kimia semula jadi untuk membunuh jangkitan.selain
itu,durian juga mengandungi asid amino dan vitamin B,C dan E dan tinggi
kandungan anti-oksidan.Anti-oksidan membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel
kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok.Jangan tidak
tahu,buah unu juga dipercayai mampu mengurangkan proses penuaan dan membuatkan
anda awet muda.
DUKU
Setiap 100 gram buah duku mengandungi
1.0 gram protein,0.2 gram lemak,13 gram karbohidrat,0.7 gram mineral, 18 mg
kalsium,9 mg fosforus dan 0.9 mg zat besi. Buah ini enak dimakan segar,kulitnya
dapat digunakan untuk mengusir nyamuk dengan caa dibakar. Antara khasiatnya
ialah;
·
Mengandungi serat yang bermanfaat untuk
melancarkan system pencernaan, mencegah kanser kolon dan membesihkan tubuh dari
radikal bebas penyebab kanser.
·
Kulit buah dan bijinya juga bermanfaaat sebagai
ubat anti cirit-birit dan menurunkan suhu badan ketika demam serta mengubati
sakit kepala.
·
Kulit kayunya pula boleh digunakan untuk
mengubati gigitan serangga berbisa.
MANGGIS
Buah ini kaya dengan xanthones iaitu
sejanis antioksida yang membantu memulihkan
system immunasi badan.Kulit buah manggis pula digunakan secara meluas di
india sebagai ubat cirit-birit. Kandungan xanthone di dalamnya mampu
memperbaiki sel di dalam badan dan mencegah penyakit daripada merebak serta
mempercepatkan penyembuhan penyakit. Selain itu,xanthone juga mampu mencegah
kerosakan DNA dengan mengurangkan risiko bahan yang menyebabkan kanser.selain
itu, bahan ini juga membantu system limfa dengan memusnahkan tisu yang
rosak.Bukan itu sahaja, alpha-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam
xanthone dipercayai mempunyai kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta
mempunyai kesan anti-radang lebih baik daripada ubat anti inflamasi
lain.Manggis juga mengandungi zat besi, niasin, kalsium,protein,serat,vitamin
B1 dan B2 yang baik untuk tubuh.
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..