Happy Birthday Best Friend! =)
Selalunya kan, kalau setiap kali sambutan birthday, mesti akan ada kejutan yang tak dijangka-jangka. Contohnya macam:
#1 Kena baling tepung dan telur
#2 Kena baling kek
#3 Kena buli
#4 Handphone kena sorok
#5 Surprise birthday party
#6 Pura-pura terlupa wish
#7 And etc
Sebab tulah sesetengah orang lagi rela bila tak ada orang tahu bila tarikh sebenar birthday dia. Tambah-tambah kalau orang tu bukan jenis sporting and jenis tak tahan kena prank. Sampai boleh nangis pun ada tau. Either, menangis terharu or menangis geram. Hik. Tapi selalunya lelaki je yang kena prank teruk-teruk time birthday. Perempuan jarang lah nak kena prank ganas-ganas ni. Paling teruk pun kena tipu je kot?
Setakat ni, masa birthday aku, tak pernah lagi lah kena prank yang dahsyat. Biasalah perempuan. Nak melawak kasar pun ada batas tahu? Tapi, aku banyak kali jugak lah pernah terlibat dalam prank birthday kawan-kawan ni.
Sebenarnya, kawan-kawan buat prank birthday bukannya sebab nakal je. Cuma nak bagi birthday girl/boy tu memori yang paling "indah" sekali. So, nanti bila dia dah tua, bila nak KLMJ, bolehlah masukkan memori birthday yang dia terkena prank dalam list. Hik.
..
So, kalau nak cari alasan untuk kenakan kawan-kawan, carilah time birthday dia. Kalau terlupa tarikh tu, memang tak dapat nak tolong ah. Tapi kena ingat, bila birthday kau nanti, kau mungkin akan terkena balik. So, berjaga-jaga. Tambah-tambah bila kena prank dengan dahsyat. Apapun, untuk yang terkena prank tu, jangan simpan dalam hati ye? =)
2 Comments
Untung tak pernah kena prank :3
ReplyDeletexpernah smmbut birthday. xpayh la membazir sngt bila nk sambut tu. terutamanya baling tepung tu. buat cekodok lgi bgus
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..