Cutiku..

Ari nie 31/01/2011....start dah cuti..cuti CNY....bosannyer..duk kat umah nie...xtau nak buat ape.....nak buat tesis....erm3...pening...nanti r buat nak relek kan otak jap...jammed otak dgn kuliah....hahaha...baru start p otak dah jammed...cam ne nie...adei....tapi x pe r..yang penting skarang nie kena bwt sesuatu untuk menghilangkan rasa bosan.....kawan2 smua dpt blik umah...sy????waaa.....maklum r umah jauh sngat...kna lalu laut china selatan ....tmbg kpl pun mahal sngat...maklum r CNY..Lagipun cuti kejap jer seminggu...TAPI...cukup untuk membuatkan diri nie  bosan....Tapi ada satu benda yang saya nak kongsi kat sini.....
Tahukah??? sedang kiyta asyik melayari internet,tanpa kita sedar ada yang cuba mengintip segala aktiviti yang kita lakukan...harus lah berwaspada kerana banyak laman web yang di tanam dengan "web bug"untuk mengintip kita.
Apakah itu Web Bug?
web bug merupakan grafik pada laman web atau pada mesej email yang direka untuk memantau individu yang mengunjungi laman web atau mesej e-mail.Ia selalunya tidak kelihatan kerana saiznya yang kecil kira2 1x1 piksel.
Mereka yang arif tntg komputer menggunakan web bug untuk mempelajari lebih lanjut tntg diri kita,apa yang kita lakukan dan laman web mana yang kita kunjungi.Walaupun kadang kala kita merasakan dengan memadam Cookie sudah cukup untuk menangani masalah nie..hakikatnya ia tidak begitu.Dengan memadam Cookie mungkin boleh melindungi privasi kita di internet tetapi web bug masih wujud di situ untuk mengintip kita....
OOOHHH xxx....adakah saya sedang di intip sekarang nie.....??????
Terdapat pelbagai cara lain boleh digunakan untuk mengatasi masalah nie..
1.)Tambah aplikasi atau Add )n pada pelayar web untuk mengintip si pengintip ini.Ghostery boleh dipasang pada pelayar web Mozilla Firefox secara percuma dan ia membantu memberi amaran sekiranya sesebuah laman web yang kita layari mengandungi web bug. Apabila kita sedang melayari laman web tertentu dan pada masa yang sama kita sedang di intip,ikon'hantu' akan terpapar dibahagian sudut kanan pelayar dan akan bertukar dari warna kelabu ke warna merah.Itu menunjukkan web bug telah dikesan.Ghostery juga mampu mengesan dan mengimbas Widget pihak ketiga,analitis dan iklan rangkaian dilaman web yang kita lawati.Ia akan menamakan setiap satu web bug atau imej grafik yang terdapat pada laman web tersebut dan memaklumkan kita dalam bentuk senarai.
Menariknya,kamu boleh menyemak senarai ini untuk memastikan kesahihan atau mengetahui apakah senarai yang dipamerkan itu dan seterusnya mengambil tindakan jika perlu.Ghostery boleh membantu membuat pencegahan awal dengan mengetahui apa yang berada di muka web yang sedang kita lihat.Walaupun kita tidak boleh menghalang atau menghapuskan web bug menerusi Ghostery,namun jika kita ingin tahu siapa yang selalu mengintip kita ditalian,'hantu' ini semestinya dapat membantu.
INFO!!!!
# Ghostery tidak membersihkan Web Bug,tetapi memaklumkan kamu sekiranya ia wujud!Ia bertujuan untuk menyelamatkan maklumat tentang diri kamu dari tersebar ke laman web yang tidak selamat.




# Sharing is Caring# 

Sumber:Remaja.

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..