Why Hormat???

Kenapa kena Hormat???Hormat itu penting..knapa tulis entry ini..  sebenarnya lebih kepada sakit hati sekarang ni. takpe la. niat di hati tak mau tulis entry ni dengan emosi yang tengah MENGUASAI diri. sat g kot teruk plak la entry aku ni penuh dengan caci maki. malas la kan nak maki maki. dosa yang banyak ni pun tak tertanggung takkan aku nak tambah dosa plak lagi free free macam ni.
Perkataan 'hormat' dalam Kamus Dewan edisi 4 memberi maksud 'mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim'. Tetapi dari segi amnya semua orang mengetahui istilah hormat tersebut bukan?

sejauh mana kita semua taw nak hormati orang lain. senang cakap la, sapa la yang takmau dihormati. maksud DIHORMATI yang aku nak gtaw kat sini bukan DIHORMATI sebab dia tu insan yang femes atau popular. tapi dia DIHORMATI kerana dia juga insan biasa. tapi apa yang aku tengok dan lalui sekarang dalam kehidupan aku sehari hari ni, aku tak penah lagi la jumpak orang yang hormat dengan seseorang tu sebab dia tu manusia yang ada hak untuk dihormati. kalau nak kira pangkat umur la kan, memang la biasanya kita akan kata, yang muda, kena hormat yang tua. tapi macamana pulak kalau yang tua tu sendiri tunjuk contoh tak elok? cakap kasar, tinggi suara walaupun kita cakap ngan dia baik baik?? dan pendek kata, TAK MENGHORMATI PERASAAN ORANG LAIN.

macam tu ke nak suruh orang lain hormat?? tolong lah...aku bukan nak hipokrit, tapi aku meluat la orang camtu. dok buat seolah olah kita ja kena hormat n cakap sopan sopan ngan dia. tapi dia?? ok fine. konon konon tacing bila orang cakap kasar ngan dia. abeh tu, aku ni tataw nak tacing ka?? weii...berapi kot ni!! *dalam dok kata tamau emo aku emo gak ni..ggrrrrrrrrrrrrrrr*


Aku selalu rasa aku ni bila orang nak guna kat aku ja akan orang cakap bebaik. contohnya nak mintak tolong ka pa, mula la rasa macam da orang nak masuk dalam kain. cuba waktu len tengok. haaaa...jangan harap la...orang layan aku cam sampah kot.. eeeeuuuwwwww..hina gila rasa. kadang kadang aku rasa aku dikelilingi dengan orang yang memang tak leh nak pecaya. sebab pa? tanya la diri sendiri. tepuk dada, tanya la minda! besaq panjang dah kot.



P/S:sorry to say la kan, aku rasa malas nak hormat orang yang tataw nak hormat orang lain  ni. tapi, pegang la kat hukum karma. kalau kita tak hormat orang, camna orang nak hormat kita balik. so aku nak rileks ja la walaupun dalam hati ada gunung berapi. 

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..