Ciri-ciri Keluarga Dinamik dan Bahagia

Untuk membentuk sebuah keluarga dinamik dan bahagia, ia merangkumi perkara berikut :

1. Komunikasi Suami Isteri

Komunikasi yang baik dalam keluarga boleh meningkatkan keseronokan, mengeratkan hubungan dan seterusnya membuatkan setiap ahli dalam keluarga merasakan ia dihargai dan dipunyai keluarga tersebut.

komunikasi yang sihat ialah komunikasi dua hala. Contohnya, isteri akan berasa seronok apabila apa yang diceritakan didengari oleh suaminya serta memberi tindak balas kepada apa yang dibincangkan. pasangan suami isteri harus bertoleransi antara satu sama lain.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan bagi suami isteri agar keharmonian rumah tangga berterusan dan terpelihara :

a. Elakkan melakukan kritikan kepada pasangan.
b. Jangan menghina pasangan dan keluarga.
c. Gunakan perkataan yang sesuai dan munasabah apabila berkomunikasi.
d. Elakkan dari bertindak mempertahankan diri dan keluarga.
e. Jangan sentiasa mendiamkan diri.


2. Membudayakan tolong-menolong dan bantu-membantu

Umpamanya suami berkewajipan mencari nafkah atau membuat kerja2 yang memerlukan gerakan fizikal yang lebih, manakala isteri melakukan kerja2 yang agak ringan dan sesuai dengan kemampuan wanita.

Gotong-royong seperti membersihkan rumah patut diadakan di antara ahli keluarga sekurang2nya seminggu sekali. pengagihan dan pembahagian tugas mesti dilakukan. Contohnya pada hari minggu, isteri memasak di dapur, manakala suami pula boleh membasuh atau menjemur pakaian.

3. Sentiasa menjaga hati pasangan dan keluarga

Dalam mengharungi kehidupan rumah tangga, setiap individu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada apabila hendak menuturkan sesuatu. Jangan disebabkan kerana mulut badan binasa. Pilih dan nilailah ungkapan dan perkataan sebelum dituturkan. Elakkan dari melukai hati dan perasaan pasangan walau dengan apa cara sekalipun. Janganlah membuat perbandingan antara suami atau isteri dengan lelaki atau wanita lain. Ingatlah pasangan kita adalah yang terbaik dan tercantik yang kita miliki.

4. Berfikiran terbuka dan bersedia menerima teguran dari kedua-dua belah pihak terutamanya mertua

Setiap rumah tangga yang dibina tidak sunyi daripada salah dan silap. Setiap pasangan hendaklah bersedia menerima dan memberi teguran. Tidak ada istilah 'QC' (Queen Control). Kehidupan rumah tangga sentiasa dihadapi bersama, berbincang dan selalu berunding. Kita hendaklah memahami bahawa tidak ada rumah tangga yang tidak mempunyai masalah.

Hadapi masalah bersama. Sekiranya ia adalah perkara kecil dan remeh temeh, janganlah diperbesarkan. Jika terdapat sedikit salah faham, sentiasalah bersedia memaafkan dan elakkan menanam perasaan marah dan dendam.

KESIMPULAN

Pengekalan keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kefahaman, kerjasama dan pengorbanan semua pihak terutamanya suami isteri. Siramilah rumah tangga dengan wangian kasturi. Berusaha bersungguh2 untuk menjaga kelangsungan rumah tangga. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan. Tidak ada rumah tangga yang tidak menghadapi masalah. Atasi masalah tersebut secara profesional dan matang. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan rumah tangga dinamik dan bahagia sebagai syurga yang mengalir sungai di bawahnya.

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..