Akulah pencinta
wanita yang tidak pernah kenal usia..
Akulah pencinta
wanita yang tagihkan payudara gebu lagi menawan…
Akulah pencinta
wanita yang sentiasa ingin mendampingi mangsa setiap waktu dan ketika..
Akulah pencinta
wanita yang akan mendiami tubuh mangsa untuk merasai nikmat bercinta..
Akulah pencinta
wanita yang gemar merasai hembusan nafas si anak yang tidak mengerti tujuan aku
mencintai ibunya..
Aulah pencinta
wanita yang suka melihat mangsaku lalai dan jahil tentang kewujudan aku dalam
hidupnya..
Akulah pencinta
wanita yang akan mengawal diri mangsa dan akan terus bermahajalela..
Akulah pencinta
wanita yang akan gembira bila melihat tangisan mangsaku bila tahu aku
mencintainya.
Dan aku pencinta
wanita yang paling digeruni dalam dunia…
Aku bangga jika
anda mengenaliku tapi aku lebih bangga jika anda mengabaikan ku..
Selama setahun
yang lalu aku telah mengambil nyawa jutaan wanita..
Esok,aku akan
mula mengambil satu daripada jutaan wanita bagaimana dengan anda?
Baiklah kita
mempunyai 1 daripada 2 peluang untuk bertemu…
Mungkin kita
sudah pun bertemu…..
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..