Serius best citer nie...tapi bagi yang x meminati nabila huda..xkan tgok kot..tp dlm citer nie..serius best...xleh ketinggalan...siap download lg tuu....X sabar nak tunguu abis drama nie nak tunggu kesudahannya....
Sinopsis Drama Bersiri Julia di Slot Akasia TV3
Drama 28 episod ini mengisahkan cinta tragis di antara Julia dan Amir
yag bermula semenjak di alam universiti. Kisah bermula apabila Amir
(Fizo Omar) telah dikecewakan oleh gadis bernama Sofia (Izreen Azminda)
dan suratan itu telah menemukan hati Amir kepada Julia (Nabila Huda).
Amir dan Julia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Selepas
tamat pengajian, mereka berdua kembali ke Malaysia dan Amir mula bekerja
di Kuala Lumpur manakala Julia bekerja di Teluk Intan. Walaupun
masing-masing telah bekerjaya namun Amir masih tidak mahu mendirikan
rumahtangga kerana mahu membalas jasa kedua orang tuanya dahulu dan
memenuhi impiannya.
Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia tambahan pula kini
Sofia muncul kembali dalam hidup Amir sebagai rakan sekerja. Setiap kali
Julia mengajukan soalan perkahwinan kepada Amir pasti kekasihnya itu
akan memberi pelbagai alasan. Bagi Julia, Sofia merupakan punca Amir
menangguh perkahwinan mereka. Julia menganggap hubungannya dengan Amir
tiada jodoh lantas dia mengkhianati hubungan 8 tahun bersama Amir dengan
menerima Azwan (Azlee Khairi) sebagai suaminya.
Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan semenjak dari itu dia
semakin menumpu kepada kerjayanya sahaja. Dalam pada yang sama, Sofia
memulakan langkah untuk menawan semula hati Amir. Kehidupan Amir mula
berubah. Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula
membayar cinta seorang demi seorang untuk menjadi temannya.
Amir sering mendapat nota yang mempunyai kata-kata semangat dari
seorang yang tidak dikenali. Tetapi lama-kelamaan Amir mendapati bahawa
Nurain (Fouziah Gous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang
menghantar nota-nota itu. Amir mula berkawan dengan Nurain. Sementara
itu, Julia telah bercerai dengan Azwan. Mengapa Julia diceraikan? Adakah
selepas bercerai, Julia akan kembali semula kepada Amir? Di antara
Sofia, Julia dan Nurain, siapakah yang bakal menjadi penyeri hidup Amir?
Untuk mengetahui kesudahannya, saksikan drama bersiri JULIA di slot
Akasia setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 petang hanya di TV3!
Penonton yang terlepas menyaksikan ‘JULIA’ & ‘DARJAT’ boleh
menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga
layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita
terkini.
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..