Pengorbanan memang amat pedih untuk di telan kerana kita terpakasa melaluinya secara sendirian, tapi pengorbanan boleh
membuatkan seseorang yang lain itu gembira dan sentiasa gembira.
Kadangkala kita juga tidak seceria mereka, tapi yang penting kebahagiaan
dia adalah kebahagiaan kita juga. Itulah yang selalu kita fikirkan
apabila kita cuba berkorban demi kebahagiaan si dia.
Pengorbanan dalam cinta memang perit yang kita kena lalui, walaupun orang yang kita cintai itu terpaksa kita korbankan Ini merupakan satu pengorbanan yang sangat perit buat kita walaupun kita susah untuk menerimanya. Adakalanya ada pengorbanan lain yang terpaksa kita korbankan demi menjaga satu-satu hubungan itu dan perlulah kita lakukan demi insan yang kita cintai, walaupun kita terpaksa berkorban untuk membuat setiap keputusan supaya dapat membahagiakan si dia tapi kita tetap akan menyayanginya.
Tidak semestinya setiap keputusan yang kita buat itu boleh diterima oleh dia kerana dia juga mempunyai prinsip hidup sendiri, walaupun apa yang kita fikirkan itu adalah untuk kebaikannya malah hubungan itu sendiri, namun ada antaranya tidak dapat diterima oleh si dia kerana bertentangan dengan kehidupan si dia, malah setiap kali membincangkan satu-satu perkara itu susah untuk mendapat persetujuan bersama.
Apabila kita sering bergaduh dan memikirkan masalah yang ada, kita selalunya akan menyalahkan diri kita sendiri kerana kita tidak mahu si dia berasa bersalah dengan setiap perkara yang berlaku. Walaupun kita tahu apa yang kita hendak hanyalah untuk kebaikan si dia dan hubungan yang terbina, inilah yang sering terjadi dalam kehidupan kita.
Ada yang terpaksa mengalah dan ada yang hendak mempertahankan keputusannya, memang pening untuk kita fikirkan perkara yang sedemikian seperti ini, tapi bila kita telah mempunyai kekasih kita haruslah cuba berubah kepada seseorang yang lebih matang walaupun kehidupan yang kita lalui adalah berbeza kerana setiap percintaan itu memang memerlukan pengorbanan namun haruslah kita tangani dengan baik demi menjaga hati masing-masing. Seseorang yang telah bercinta haruslah cuba untuk menerima setiap keputusan setiap pasangannya supaya perbincangan yang aman dapat dilakukan
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..