Tampil kurus dengan potongan pakaian yang tepat




Lain orang, lain pula masalah penampilan yang mereka hadapi. Badan terlalu kurus atau mungkin agak berisi adalah antara masalah lazim yang dihadapi oleh individu sewaktu mengenakan sesuatu pakaian yang mereka gemari. Disebabkan factor itulah,penampilanmu kelihatan agak membosankan kerana kamu takut untuk mencuba sesuatu rekaan pakaian daripada trend terkini. Buang jauh-jauh persepsi tersebut, kerana dengan pilihan potongan pakaian yang tepat kamu boleh mencuba pelbagai gaya daripada himpunan rekaan fesyan terkini sekali gus memperlihatkan tubuhmu yang berpotongan sempurna. Bagaimana caranya? Jom semak tip berikut!

Sembunyikan kaki pendek
Rekaan pakaian yang paling tepat untuk memperlihatkan kakimu yang agak pendek dan berisi itu kelhatan lebih panjang dan kecil adalah dengan mengayakan gaun berpotongan pensel.Pastikan gaun tersebut tidak labuh dan pendeknya berada diatas lututmu.

Sembunyikan lengan berisi
Bagi si “chubby” yang bermasalah dibahagian lengan khususnya,elak daripada mengenakan pakaian yang tidak berlengan.!Pakaian seperti gaun tidak berlengan,bakal memperlihatkan lenganmu yang berisi itu.Sebaliknya,kamu wajar memilih pakaian yang memiliki lengan dengan kepanjangannya sekurang-kurangnya ¾ atau dibawah siku.

Jangan sembunyikan “curvy”yang kamu miliki.
Memakai pakaian daripada rekaan “tunic” atau blaus longgar adalah cara yang paling mudah untuk menutupi tubuh “curvy” yang kamu miliki.Walau bagaimanapun,pakaian tersebut tidak merubah apa-apa pada bahagian tubuhmu.untuk menyerlahkan lagi penampilan si ‘curvy” lebih baik kamu memilih pakaian yang mempunyai corak/warna berbeza dibahagian sisinya.Ia mampu memberikan ilusi optic terhadap pandangan orang lain sehingga di mata mereka kamu kelihatan langsing.

Sentuhan si tubuh pear
Skirt berbentuk tirus memang kelihatan anggun bila digayakan.Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai digayakan oleh individu yang memiliki potongan badan berbentuk “pear” kerana ia akan menyerlahkan lagi kelebaran bahagian punggungmu.Sebaiknya,si tubuh pear wajar memilih pakaian atau skirt dari potongan pensel yang sederhana dan berwarna gelap.Kamu boleh menggayaknnya bersama-sama blous ekstra lipatan untuk menambah ‘volume’ di samping menyimbangkan bentuk tubuh pear kamu itu.

Melangsingkan perut.
Mengenakan pakaian dengan cetakan atau corak yang kecil,ditambah dengan pemakaian tali pinggang tetap tidak membantu untuk menyamarkan perut kamu yang sedikit “kedepan” itu.Pilihan terbaik untuk melangsingkan perutmu ialah dengan mengenakan daun dari material fabric yang sedikit berat atau jatuh dengan rekaan unik di bahagian pinggangnya untuk mengawal saiz perytmu yang sedikit besar itu. Tak salah untuk kamu mencubanya kan?

Post a Comment

0 Comments