~Contest: Saya Sayang Kamoo Sahabat ^_^~



Teruja nak join Contest nie..hehe..sebelum 2 kalau ada sesiapa nak join klik ja Banner kat atas 2 yer..jan memalu...

 Taw x kenapa saya teruja sgt..hehe..byk kenangan manis bersama sahabat2 saya dari sekolah menengah sampai r sekarang..kesempatan itu juga r saya ingin abadikan kenangan bersama mereka di blog saya yang tidak berapa comel ini..Saya doakan semoga berjaya dalam hala tujuan masing2...

Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.Betul x..hehe....

Saya abadikan gambar masa saya Form 5...

Teka mana 1 saya..hehe

Kelas yang happening..

Miss this  moment..


Semua kengkawan masa form 5 dulu adalah sahabat saya..hehe..tengok je r gmbr2 kat atas..boleh nampak betapa antara kami tiada jurang perbezaan pun..sehingga kini kami masih berhubung..walaupun alam persekolahan telah ditinggalkan 7 tahun yang lalu..kitaorg berhubung melalui 1 group dalam fB...dari situlah kitaorg bertukar2 cerita..

Melanjutkan pelajaran ke kolej memutuskan jarak antara mereka..apalagi kerana melanjutkan pelajaran ke semenanjung...Tetapi itu tidak bermakna saya tidak boleh dapat sahabat seperti mereka kan..nah2..bukti saya dapat sahabat yang terbaik...Setiap satu gambar di bawah mencatatkan memori paling indah sekali...

Masa nak g ulu bendul

Ramai-ramai g serbu umah lecturer tym raya...

Genting tym.


Ke kilang coklat Beryls

Abis kuliah g melepak kt taman..hehe

Port Dickson...

Pakat2 1 kelas buat team Futsal..

Geng umah...sempoi gitu..sebelum p kuliah & Balik kuliah mst amik gmbr..

kat mana nie..hehe..
Nie pula geng futsal baru..hehe..diorang jemput saya join diorang punya team..walaupun x sama batch,usia..tetap boleh jadi sahabat...

Bersama medal kemenangan..

Kaki ku...alahai...

Ini kami....

Nie pula semasa praktikal training...haha...byk kenangan manis tym nie..sweet2 gitu...


Antara rakan2 praktikal training..

3 org yang sentiasa bersama kemana jua....

Pagi2 kena buat senaman

Permainan yang memerlukan kesefahaman masing2..

BBQ time..

Haha..sy tengah buat apa 2..



Ok..citer tamat..eh..tunggu 2 citer masa sekolah n kolej ok!!...Sekarang nie saya dah ada sahabat baru..bukan sahabat2 lama saya tinggalkan..cuma mereka masing2 ada komitment dalam hidup..kerja berlainan tempat..menghadkan pertemuan antara kami...tidak bermakna persahabatan yang terjalin akan putus ok...
Ok.. nie citer masa sekarang nie..saya ada 2 sahabat yang kenal sejak 2008 lagi..dari hari ke hari perhubungan kitaorang makin rapat..pantang sorang xda..mesti dicarinya..n tidak best kalau x lengkap bertiga...
diorang adalah:
  • farieza ayu-orangnya bersuara macam speaker radio bila dia ada kecoh..x kering gusi dibuatnya..ada ja idea nak berkata2...
  • Bonda-ok..gelaran bonda sebab budak2 kete gelarkan dia..so smpai sekarang still pnggil bonda..Sama periang macam ayu,cuma speaker dia x lah kuat sngt..hehe..N satu hobi kitaorang adalah pantang nampak kamera mesti amik gambar..sampai orang gelar kitaorang muka lensa..haha..


Layan...

Lupa nak cakap..kitaorg sebenarnya dari kelab WAPC(Wira Aeroback Performance Club)

Pelbagai gaya..

nampak x pempuan sorg baju itam sorang g merah..2 r kami..



Errmm..selain itu ada sorang g sahabat saya..hehe..dia adalah tutttt...hehe...peneman dikala suka dan duka,sanggup berkongsi apa sahaja..u are the best man r...haha..terlebih sudah
Another one...this is my mom...banyak mana pun sahabat kita,sahabat terbaik adalah ibu kita sendiri...sebab dia tahu apa keinginan kita,tahu kita sakit n sanggup berjaga tengah2 malam semata2 jaga tym kita sakit...Tapi meletakkan ibu sebagai sahabat adalah tidak mungkin kerana ibu adalah lebih dari itu. Disebabkan nilai ibu lebih dari seorang sahabatl kerana..
  • Mendengar dengan penuh perhatian
  • Memahami situasi seolah2 dia merasa apa yang dirasakan oleh anaknya
  • Mengiktiraf anaknya sebagai manusia yang punya perasaan, fikiran dan ‘privacy’ sendiri’
  • Membantu menguraikan masalah anak.
Nilai tambahan yang ada pada ibu yang tidak ada pada seorang sahabat ialah
  • Ketakutan yang tinggi akan kesalamatan anaknya
  • Kasih sayang tidak bersyarat
  • Kehebatan doa yang tidak putus2 untuk anaknya
  • Sanggup menderita demi anak
  • Allah akan redha hanya selepas ibu redha
    T
Love  u mom..


Sekian..hehehe..



Saya Tag kat:
*chumot
*caah
*shu

Post a Comment

7 Comments

  1. thanx sudi join ye ivy!!
    cyg kamoo....hehe

    ReplyDelete
  2. follow dr segmen yg sama :)

    http://www.storyofheartt.blogspot.com/2012/10/contest-saya-sayang-kamoo-sahabat.html

    ReplyDelete
  3. follow dr segmen yg sama :)

    http://www.storyofheartt.blogspot.com/2012/10/contest-saya-sayang-kamoo-sahabat.html

    ReplyDelete
  4. meriahnya banyak gambar.. semua comel2 pulak tu gambarnya.. seronok tengok yg senaman tu time tu ada ape kamu?

    Aida pun join contest yg sama :)
    http://www.diarisifroggie.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamoo-sahabat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 masa praktikal training...huhu..jam 6 kena bgn dh..sendiri praktikal pun ada mcm 2..

      Delete
  5. wah macam boleh menang je :D anyway jom singgah blog sayahttp://leyacasandra.blogspot.com/2012/11/hot-news-penyu-dah-pupus.html pula :D

    ReplyDelete
  6. saya follow sini
    good luck dear ! ^.^
    dari contest yang sama

    http://sayacikamal.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamoo-sahabat.html

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..