~CHOC CHEESE CAKE~




Gambar Dari Encik Google


BAHAN A:

500 gram krim keju.
80 gram gula.

BAHAN B:

25 gram mentega.
25 gram gula.
25 gram tepung kastard.
1 liter susu UHT.

BAHAN C:

5 biji telur.

BAHAN-BAHAN LAIN:

150 gram krim putar (non-dairy).
1 keping kek span (perisa coklat).
Sedikit kulit lemon (diparut).
Sedikit esen vanila.

CARA MEMBUAT:

1.Pukul bahan A sehingga sebati.
2.Sediakan bahan-bahan B dan masak di atas api yang sederhana sehingga likat.
3.Masukkan adunan B ke dalam bahan A yang masih berputar di dalam mesin putar.Biarkan selama beberapa minit sehingga adunan sejuk.
4.Kemudian,masukkan telur sebiji demi sebiji.
5.Masukkan kulit lemon dan esen vanila.
6.Masukkan krim putar yang dipukul setingga 80 peratus naik ke dalam adunan tadi.
7.Setelah sebati,tuang adunan ke dalam acuan yang berisi kek span.Bakar di dalam ketuhar selama 1 1/2 jam pada suhu 160 c.



Post a Comment

2 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..