Dalam mencari
kawan bermacam-macam ragam manusia yang kittemui..kita boleh berkawan dengan
sesiapa saja..juga kita berhak memilih kawan kita..ada kenalan,rakan,kawan atau
teman yang hanya akan tetap berada ditahap itu sahaja dalam hidup kita...juga
ada yang akan kita angkat tahapnya menjadi sahabat bagi mendampingi dan
menemani perjalanan hidup kita..Tepuk dada tanya selera jenis manusia macammana
yang kita inginkan jadi pendamping..Pastinya semuanya sebab musabab kita
berkawab adalah yang dirasakan ada chemistry dan yang memberikan keselesaan
kepada kita...Bukan kawan yang jenis datang rumah tak tentu masa nak itu nak
ini...nak pinjam itu nak pinjam ini dah pinjam barang orang buat2 harta dia
lak...Namun kadangkala kita tidak lepas dari kesilapan membuat percaturan… kita
berkawan dan cuba menyelami hati budi… kita angkat darjatnya dari seorang kawan
atau teman menjadi sahabat tiba-tiba dia menikam kita dari belakang… dia menjadi
talam dua muka… dia hiprokit dan suka berpura-pura… dia penghasad dengki… dia
pengadu domba… dia sombong, riak dan takbur…sesungguhnya kita manusia yang
punya hati dan perasaaan akan terusik rasa, terguris hati, tercalar jiwa juga
mampu membuatkan kita luluh dan kecewa... aduhhhhh, memang amat sakit dan
pedih... umpama luka tak berdarah namun meninggalkan kesan yang sangat pedih
lagi mendalam...
Pengalaman
haku????? Sangat banyak dan tidak terhingga… manusia –manusia ini memang pandai
bermain wayang dan pandai berbahasa… Antara jenis-jenis manusia yang pernah
daku jumpa:
· Dia marah
kalau kita bercakap buruk tentang dirinya… tapi kalau dia yang bercakap buruk
tentang orang lain, dia tidak salah juga berdosa… dia cuma menyampaikan fakta…
· Dia pembelit
dan penglipur lara… kita kadangkala cuma mendengar, namun dia yang menokok
tambah cerita menjadikan cerita lebih menarik dan berbunga-bunga jalan cerita…
kemudian kita pula dijadikan mangsa…
· Kita
kadangkala cuma meluahkan pada teman terdekat dan rapat sahaja… tapi tiba-tiba
si dia mencelah dan mengintai-intai pula apa yang kita bualkan sehingga sanggup
bertanyakan pada orang lain apa yang kita bualkan dengan niat ada cerita panas
yang ingin di jaja...
· Dia juga
pandai mengadu domba… dia tidak tahu hujung pangkal dan cerita… tiba-tiba dia
menjadi penyampai berita dengan niat memecah belahkan perhubungan yang sedia
ada…
· Dia talam
dua muka… sebenarnya dia juga berkata buruk tentang seseorang namun di depan
mereka, dia pengampu, pengipas dan yang paling hebat lagi dialah juga seperti
penghawa dingin yang dipasang di musim sejuk… grrrrrrrrr…
· Dia
berlagak naïf, sempurna dan baik hati… walhal niatnya cuma ingin
berlumba-lumba, menunjuk-nunjuk dan mendabik dada…
· Dia kaki
pembelit, penipu dan pendusta… lain kisah asalnya, lain pula cerita dari mulut
dia....
Memang banyak
lagi jenis manusia negatif yang daku dah jumpa… memang kita harus berfikiran
positif apabila berdepan dengan manusia-manusia ini… sedaya upaya berfikiran
yang baik tentang mereka kerana sesungguhnya kita mungkin tidak tahu apa niat
mereka sebenarnya… tapi kita insan lemah yang serba kekurangan… kadangkala ada
juga tersasar rasa… geram, benci, marah, menyampah dan seangkatan dengannya …
Bila berdepan
dengan mereka-mereka ini… tak perlu panjang cerita… tak guna berbahas bahasa…
angkat sahaja kaki, jauhkan diri… usah lama berada di sisi mereka… mereka yang
spesis ini, hilang akan berganti… hilang juga tidak akan memberi kesan pada
kita… apatah lagi memberi kan kerugian buat kita… bak kata pasarnya … ‘Ada aku
kisah?’ ... mungkin pada awalnya kita akan terasa geram, marah dan juga benci …
namun seiring peredaran masa, ada suatu ketika nanti kita cuma akan tersenyum
sendiri mengenang ragam manusia ini… tiada lagi amarah, kesal atau benci… yang
penting kita harus berusaha meneruskan kehidupan kita dengan positif… biarlah
mereka ini terjun dengan labu-labunya…
Memang daku ini
simple saja... memang kita boleh berkawan dengan siapa sahaja... bak kata
pepatah berkawan biar seribu... kita berbaik dengan sesiapa saja bukan bermakna
kita hipokrit dan bermuka-muka... jika orang berbudi pastilah kita berbahasa...
daku akan jadi biasa-biasa sahaja bila berdepan dengan mereka-mereka yang
kadangkala kita rasa kurang serasi dan tak berkenan di hati... nama daku nak
ampu, kipas, bodek, puji dan lebih-lebih, mahaplah...tiada dalam kamus hidup
daku nak jadi kaki ampu... biarlah siapa pun kamu... orang berpangkat, ada
nama, ketua, ada harta... tidak mungkin sama sekali... bukan kerja daku tukang
ampu kamu... kamu bayar gaji pun daku tidak sudi...
Jika ada yang
datang menyampaikan berita yang tidak baik tentang teman-teman disekeliling
anda, jangan anda bersangka buruk kerana kita tidak tahu kesahihannya… lainlah
kita sendiri nampak dengan mata kita dan memang juga pernah laluinya… biasanya
pengadu domba dan pembawa cerita ini adalah pendusta… melainkan kita pasti dan
yakin sumber kesahihannya…Janganlah cerita yang disampaikan itu membuatkan kita
terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau
sebaliknya… kerana perbuatan kita itu akan mendorong kita membuka keaiban orang
lain… Jangan merasa senang atau suka dengan perbuatan pengadu domba itu, dan
seterusnya tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang
diceritakan kepadanya itu. Kerana kita mungkin tidak tahu, dia menyampaikan
cerita kepada anda DAN dia juga menyampaikan cerita anda juga kepada orang lain…
berhatilah-hatilah…
Bagi haku simple
jer…aku jenis pemerhati…dan dari pemerhatian itu lah aku boleh kenal setiap
seorang itu..aku x akan cakap mengenai orang itu..tapi percayalah bila orang
lain mula bercakap tentang seseorang itu,,,aku hanya mampu tergelak dalam
hati..sebab segala firasatku tentang orang itu betul..tapi aku x nak riak xnak
menunjuk2 ..dan lagi 1..aku kalau dah cakap aku benci..aku tetap benci ..itulah
aku si pendiam si pemendam rasa….
1 Comments
Susah nak cari true friend :/
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..