~Durian Belanda dan Khasiatnya~

Siapa suka makan atau minum jus buah durian belanda?hehe..ke korang tak kenal buah nie..Buah nie kat kampung saya..kat ladang lembu nenek saya  banyak..bersepah,so xpayah nak tanam2 lagi dah...Yang kat ladang pun tumbuh sendiri...mungkin burung yang sebarkan kot...sebab tanya kat diorang memang diorang tak tanam pun benda alah nie...Kat kampung biasanya petang2 dah pergi pokok nie cari buah masak..pastu dapat makan..perghh..nikmatnya r..hehe...tapi sekarang orang buat jus...lagi satu buah nie kalau yang mentah buat sayur...sedap....Jom kita kenal dengan lebih lanjut tentang durian belanda nie...

Durian belanda (bahasa Inggeris: Soursop) atau nama saintifiknya Annona Muricata merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.


Pokok durian belanda



Daun durian belanda; daunnya berkilat, berbentuk ringkas dan tersusun secara berselang seli pada rantingnya. Daunnya berukuran 5.5-18cm x 2-7cm

Bunga durian belanda; berwarna hijau pada mulanya dan berubah menjadi kuning pucat apabila mekar.

Buah durian belanda; buahnya agak besar dan boleh dimakan. Kulitnya berduri lembut. Isi buah berwarna putih, terdapat banyak biji, rasanya masam-masam manis. Selalu dibuat sebagai jus, sorbet dan sebagainya.


Khasiat dari daun dan buah durian belanda ini dikatakan memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain itu, buah dan daun ini juga dikatakan berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. 
 
Sumber:

Post a Comment

5 Comments

  1. Salam singgah. Dah lama tak makan durian belanda. sangat sedap dan berkhasiat. info yang menarik.;-)

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa...teringin gk rasa

    ReplyDelete
  3. Best durian belanda . Dah mkan :D

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..