
Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.
Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.
1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah
dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan
kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.
2. Ambil Wudhuk
2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh
menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi
rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah
kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan
wajah akan pasti kembali ceria.
3. Tulis
3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu
mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda
mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis
satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti
kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
4. Kenalpasti Yang Utama
4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu
kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan
“rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi
jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda
dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?
5. Buang Yang Tidak Penting
5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak
relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti
“Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda
akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum
ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang
produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih
penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir
secara bijak.
6. Cukup Rehat & Tidur
6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam
akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna
minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar
berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil
angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang
menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga
yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita
ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang
negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar
masa anda untuk membaca akhbar.Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan
fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan
dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting
akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke
dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.
8. Kembali Kepada Alam
8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak
dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju.
Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan
membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau
waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan
dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa
yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi
memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu
bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.
9. Lepaskan
9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang
telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah
untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan.
Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal
perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini
adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.
Fikirkanlah.
10. Kemas Ruang Anda
10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam
keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak
kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan
hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan
mendapat tenaga yang baru.
11. Berkongsi Masalah
11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau
seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan
mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam
menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang
sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah
dengan hati dan minda yang terbuka.
12. Sedikit Lagi
12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga
hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.
13. Buat
13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang
paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan
bertangguh!
4 Comments
byk jgk cara utk kosongkn fikiran erk... ok nk buat pilihan nie !! hehehh thnx share
ReplyDeleteBtul..btul. Tp no.3 xpena wat..hoho
ReplyDeleteThank for this nice entry...nak kena ikut nie..
ReplyDeleteno 2 tu lgi afdal. thanks for sharing
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..