Citer nie..memang kelakar..gelak sorang-sorang tengok...huhu....
Plot ceritanya mudah sahaja. Lima orang lelaki iaitu Razak, Abu,
Azman, Samad dan Jerry yang menghadapi masalah masih-masing dipertemukan
dalam sebuah tragedi apabila kapal terbang yang mereka naiki terhempas
di sebuah pulau terpencil.
Masing-masing dengan keegoan tersendiri, pada mulanya mereka enggan
bekerjasama antara satu sama lain dan berasa boleh hidup sendirian
sementara menunggu bantuan datang ke pulau tersebut.
Namun, selepas beberapa hari, mereka mula bersatu dan terpaksa
menerima keadaan bahawa mereka mungkin akan kekal selamanya tinggal di
pulau itu.
Razak, Abu, Azman, Samad dan Jerry mula mengenali latar belakang
antara satu sama lain dan mereka menggunakan kepakaran masing-masing
dalam melakukan kerja-kerja harian seperti memasak, menangkap ikan,
mencari kayu di hutan dan membina pondok.
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..