Cambodia pilihan destinasiku.




Pakej Pelancongan Kos Rendah di Kemboja 




Antara destinasi perlancongan yang tersenarai dalam fikiran saya ialah kemboja. Kenapa Kemboja??Kerana kemboja ada keunikannya yang tersendiri.Di Cambodia ada  musim kemarau,musim hujan dan musim dingin.Selain itu di Phanom Penh,KEMBOJA juga adalah destinasi berlibur bersama keluarga. Jom intai sikit Negara Kemboja ni.

independence monument
Kemboja merupakan sebuah Negara di Asia tenggara dan bersempadankan  Thailand di Barat,Laos di Timur,Veitnam di Timur dan Teluk Siam di Selatan.Phanom Penh adalah ibu Negara Kemboja.Satu idea yang menarik buat sesiapa yang suka melancong dan  yang merancang untuk bercuti sambil berlibur bersama keluarga,isteri dan anak-anak di Phanom Penh yang pernah mendapat jolokan Mutiara Asia suatu ketika dahulu. 

Hamparan lokasi perlancongan menarik ditawarkan buat saya teruja nak menjejakkan kaki ke Bandar yang terkenal dengan industi perlancongan.Ingin lebih mengenali Phanom penuh lebih dekat?Apa kata kita dedahkan ilmu sejarah Kemboja dengan melawat tempat bersejarah seperti Wat Phanom,Independence Monument,Silver Pagoda,Istana di Raja dan Muzium Negara.Wat Phanom antara stuktur binaan tertua di Phanom Penh yang dibina sekitar tahun 1373 masih kekal teguh berdiri sehingga ke hari ini.

Jom kita intai-intai tempat menarik di Kemboja,dan sudah semestinya bila saya berkunjung ke kemboja tempat-tempat inilah yang bakal saya singgah dan akan memenuhi lensa kamera saya.




Angkor Wat

Preah Khan,Angkor temples




Wat Phanom 2



National Museum of Cambodia
Silver Pagoda Phanom Penh

Banyak aktiviti boleh dibuat di kota Phanom Penh,selain teringin nak menyelongkar isi alam sejarah kota Phanom Penh,sudah tentunya nak membeli belah kan.Janggal pula kalau pulang dari Phanom Penh tanpa membawa tanda mata dari Negara tersebut.Antara barang yang boleh dijadikan cenderamata yang  dibawa pulang dari Phanom Penh adalah barangan antik,bakul anyaman,kotak istimewa yang diperbuat dari buah pinang,barangan kemas dan batu permata,sutera serta ukiran kayu.

Neak Pean
 
Central market dan Russian market adalah syurga membeli belah yang wajib menjadi kunjungan saya kalau berkunjung ke Kemboja.Dan yang bestnya kalau yang pergi bercuti dengan family dan anak-anak ada taman permainan yang terletak berhampiran dengan Wat Phanom.Di Wat Phanom aktiviti menunggang gajah jinak juga diadakan dan semestinya mencatat memori  indah.Istana di Raja juga menawarkan pengalaman menarik di mana kita boleh mencuba aktiviti bermain alat muzik tradisi istana dengan membuat sedikit bayaran kepada penjaga alat muzik disitu.

Terrace of the elephants
Di Phanom Penh juga terdapat taman tema air yang menarik.Dikenali sebagai Phanom Penh Water park, pastinya seronok menikmati pelbagai jenis permainan air yang disediakan.

Water Dwelling Tonle Sap Cambodia
Manakala,disebelah petang pula,teringin nak  menyusuri sungai Tonle Sap dengan menaiki bot yang dipandu oleh pemandu pelancong.Pemandangan istana sewaktu petang dan teruja sekali nak melihat sendiri dengan suasana hiruk pikuk pasar terapung yang terletak disungai Mekong.
 

Ya,perkara paling penting bila nak pergi bercuti sudah tentunya makan.Jangan risau sebab dari hasil pencarian di internet di Phanom Penh juga terdapat beberapa  restoran makanan halal khusus untuk pelancong muslim.Antara restoran yang menyediakan makanan halal adalah Restoran Malaysia yang terletak di #57,St13,Phsar Chas District,khan Doun Penh,Phanom Penh,Mamak’s Corner di No 17, Kramuon Sar(St.114),Phanom Penh,kemboja dan D’Wau Restourant Phanom Penh,256 Boulevard Preah Monivong,Sangkat Boeung Raing,Phanom Penh,Kemboja.


Tips Melancong Harga Murah:
Kalau Nak Pergi melancong Anda Ada 3 Pilihan:
1-     Melalui Agensi Berdaftar. { Syarikat Pelancongan }
2-     Melalui Individu Disana.
3-     Pergi Sendiri.
Pertama: Melalui Agensi anda lebih selamat, ada insuran dan lain-lain.
Kedua : melalui individu disana, anda akan selamat juga jika individu tersebut orang yang amanah boleh dipercayai, tapi insuran tidak ada.
Ketiga: pergi sendiri tapi keselamatan tak terjamin, kerana dari segi bahasa, makanan, tempat tinggal yang mana lebih selamat, yang mana kurang selamat dan lain-lain.
Sekadar Berkongsi:
Sekiranya anda berminat nak pergi melancong di Cambodia saya syorkan anda pergi melalui Cambodia Muslim Holiday & Travel 
kenapa saya syorkan,sebab Cambodia Muslim Holiday Travel adalah sebuah syarikat tempatan yang amat dipercayai dalam menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan, mereka adalah salah satu operator pelancongan yang amat dikenali di Kemboja & Vietnam.
Syarikat ini adalah 100% hak milik orang islam di negara kemboja yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh  Ustaz Yahya Al-hafiz. dan saya boleh jaminkan bahawa 100% halal makan minum dan lain lain.
Syarikat / Perkhidmatan ini dibuka khusus kepada mereka yang berbangsa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei, kerana mereka lebih fasih berbahasa  Melayu & lebih selesa dengan bahasa itu.Jadi jom support perkhidmatan mereka.
Perkhidmatan Pelancongan ini dibuka semata-mata bertujuan mempermudahkan perjalanan anda dengan jaminan 100% selamat insya allah.

Call: +855 17 889 234  atau  +855 96 3508 058  Email: ustazcambodia@gmail.com

{ Lebih Mudah, Lebih Murah, dan Lebih Islamic }
BersamaCambodia Muslim Holiday & Travel  anda boleh terbang ke Phanom Penh,kemboja.Dengan harga yang cukup istimewa pastinya percutian anda sekeluarga cukup berbaloi.Hadiah terindah yang dapat anda titipkan buat keluarga tercinta pasti memahat memori manis untuk dikenang.





Phone | Call | Sms | WhatsApp | Wechat | Viber
+855 (0) 17 889 234 / +855 (0) 78 50 50 48
Alamat : No 805.St 5.Phom1.Sangkat Chrang Chomres1.Khan Russeykeo.Phnom Penh.Cambodia
Email : cmh.holidays@yahoo.com | cmh.holidays@gmail.com

Habuan Lumayan RM 2000 Menanti Para Pemenang!

  • Hadiah Tempat Pertama - Wang Tunai Bernilai RM700
  • Hadiah Tempat Kedua - Wang Tunai Bernilai RM500
  • Hadiah Tempat Ketiga - Wang Tunai Bernilai RM300
  • Hadiah Saguhati 1- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 2- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 3- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 4- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 5- Wang Tunai Bernilai RM100
Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.









Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum awak. semoga berjaya dan murah rezeki ya ~~~

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..