Puasa ketiga.

<<<ENTRY LAMBAT PUBLISH>>>>



Semalam tak masak untuk berbuka puasa.Cuma masak nasi jer..ingat nak beli lauk kat luar jer.Hb lak dapat balik awal masa puasa nie.Hb balik amik kitaorang 2 beranak terus pergi bazaar area kawasan rumah jugak.Lauk banyak cuma kuih muih yang ada tu kurang sangat,termasuklah kuih kegemaran saya iaitu kuih ….hampa jer rasa..pilih punya pilih lauk..semua tak berkenaan dihati.akhirnya beli jugak,sayur,ayam dengan ikan pari,kuih dengan air tembikai.cukuplah,beli banyak pun bazir jer,kitaorang berdua jer yang makan.Total beli semuanya RM19.00..RM1.00 lagi genap RM20.00..
Kata tadi beli sikt jer..kenapa mahal sangat..haa tu dia..
Sayur kacang  panjang =1 senduk
ayam =2 ketul
ikan pari =2 ketul
kuih ketayap=5 biji
Total RM15.00
Air tembikai beli gerai lain,Harga RM4.00 1 jug.

Harga bagi saya sangat mahal ok..sebenarnya dengan RM20.00 boleh beli lauk dan cukup 1 minggu lauk kitaorang berdua tau..nampak sangat berlaku pembaziran kat situ kan…tapi taka pa lah kan,sekali sekala beli makan kat bazaar.
Alkisahnya,masa berbuka tu mulut dah mengomel..bukan apa,lauk yang kitaorang beli tu..sayur tak masak lagi,ayam dengan ikan ok lah..tapi kuih tu haa,tertumpah garam ke hapa kat intinya…memang masin kaw-kaw punya..ntah-ntah garam disangka gula kot.Terus fikir xkan beli makan kat gerai tu lagi.
Ok lepas nie memang masak kat umah jer lah…hahaha

Aktiviti lepas buka puasa…Next Entry

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..