Bulan puasa bukanlah alas an untuk kita
tidak boleh bergaya atau kelihatan berseri.Biarpun letih seharian tidak
bermakna kita tidak boleh tampil segar
seperti selalu.Tentu semua ingin kelihatan cantik dan menawan kan,kuncinya Cuma
satu iaitu niat.Sebaiknya mulakan ia dipagi hari selepas bersahur.Lakukan
rawatan kulit wajah dengan mencuci muka dengan air sejuk.Dalam masa yang
sama,lakukan urutan lembut pada wajah bagi melancarkan peredaran darah.Untuk
bahagian mata,letakkan ais batu ataupun timun yang dipotong nipis-nipis bagi
mengembalikan kesegaran.
Setelah itu,sapukan pelembap kerana ketika
dibulan puasa,tubuh kekurangan air sehingga kulit kering dan kusam.Sebaiknya
pilih pelembap yang mengandungi kandungan sunscreen bagi melindungi kulit dan
pancaran matahari.Tetapi harus diingat jangan hanya member tumpuan pada kulit
wajah semata-mata.Perhatikan juga bahagian kulit lain yan tak kurang pentingnya
iaitu dibahagian leher.
Kalau yang bekerja dibilik berhawa dingin,pasti kulit akan mudah menjadi
kering.Untuk kiulit wajah,gunakan pelembap pastinya menyukarkan anda yang
memakai solekan.Alternatifnya,semburkan cecair penyegar kulit wajah sehingga
wajah tetap terpelihara kelembapannya dan untk tubuh jangan lupa menyapu losen
bagi melembapkan kulit.Selain wajah dah tubuh,bahagian yang tak kurang
pentingnya adalah bibir.Selalunya jika tiba bulan puasa,bibir akan menjadi
kering.Sebaiknya gunakan pelembap sebanyak mungkin dan gosok dengan tisu atau
jari sehingga sel-sel klit mati akan tertanggal.Setelah itu kembali menyapu
pelembap bibr sebelum melapisinya dengan lipstick.Tip untuk anda yang memiliki
kulit bibir mudah kering,sebaiknya pilih lipstick dengan tekstur glossy lebih
baik kerana ia mengandungi kandungan pelembap yang lebih banyak.
Satu lagi masalah yang timbul di bulan
puasa selain kulit kering dan mudah letih adalah masalah bau mulut.Penyebab bau
mulut adalah disebabkan oleh bacteria yang menghasilkan sulfur lalu tertinggal
didalam bahagian belakang mulut.Kebanyakan masalah ini berpunca dari kebersihan
mulut yang tak dijaga selain disebabkan oleh gigi berlubang,jangkitan gusi dan
sebagainya.Penyakit dan kelainan yang lebih serius boleh menyebabkan bau
mulut.Antaranya adalah perubahan hormone,gangguan pencernaan,sinus atau
resdung,diabetis,gangguan hati dan ginjal serta banyak lagi penyakit lain.Oleh
itu,penting untuk anda menjaga mulut agar sentiasa bersih dan nafas kembali
segar biarpun dibulan puasa.Beruslah gigi dua kali sehari.Selepas bersahur
sebaiknya berus gigi bagi menanggalkan kotoran dan sisa makanan yang
tertinggal.Dalam masa yang sama,bersihkan juga bahagian lidah dengan
menggunakan alat khusus kerana bacteria turut berada dikawasan tersebut.
Selain itu,gunakan juga ubat kumur yang
boleh mengurangkan bacteria didalam mulut,namun jangan pula pilih ubat kumur
yang mengandungi alcohol.Ubat kumur mampu menahan bau mulut sehingga 8 jam
lamanya,namun jika kebersihan mulut tidak dijaga rapi,pasti bau mulut tetap
ada.Bagi yang memakai kawat gigi,sebaiknya pastikan ia sentiasa bersih dari
sebarang sisa makanan.Jika perlu hindari makanan yang boleh mendatangkan bau
seperti makanan pedas,bawang merah,bawang putih,kopi dan juga makanan yang
manis selain hindari merokok serta minuman beralkohol.
3 Comments
betul tuh..setuju
ReplyDeleteByk mkn bawang t ketiak hangit.
ReplyDeletebulan pose memang mulut cepat kering
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..