Peluang Memiliki iPhone 5s Gadget Impian Setiap Blogger.
Blog Denaihati sekali lagi menganjurkan Contest IPhone 5s yang menawarkan hadiah tiga
iPhone 5s.Semua layak untuk menyertai contest ini dan berpeluang untuk memenangi iPhone 5 daripada
Denaihati.com. Rugi kalau lepaskan peluang keemasan ni.
Mengenai iPhone 5s
Bagi si pencinta
telefon pintar dan pengikut setia jenama telefon pintar pastinya akan bertukar
telefon seiring dengan peredaran masa juga teknologi telefon itu sendiri.Tapi
bagi saya yang kurang berkemampuan hanya tengok sahaja lah...hehehe...Bagi si pencinta
iPhone pasti akan mengikut perkembangan semasa iPhone kan,iaitu akan
mengupgrade telefon pintar mereka kepada jenama yang yang latest. Dan sudah
pastinya iPhone 5S akan memberikan kepuasan kepada si pencinta jenama iPhone.
Walaupun dunia Android
telah berubah kearah skrin yang besar,namun syarikat Apple tetap dengan reka
bentuk mesra poket.Begitu juga dengan ciri-ciri iPhone 5s yang didatangkan dalam 3 warna berlainan iaitu champaigne
gold, aluminium silver dan space gray.
Housing-nya juga diperbuat daripada aluminium yang cantik. Tambahan lagi,
iPhone 5s dilengkapi dengan material Sapphire Crystal di mana ia
berfungsi sebagai pelindung kepada iSight Camera. Saya suka iPhone
5s kerana lebih nipis dan ringan.Tampak elegan begitu.
Saya selalu memeriksa telefon pintar saya banyak kali dalam sehari.Dan saya memang memasang kod laluan pada telefon saya sebagai langkah keselamatan,maklum lah ramai kawan-kawan suka pinjam handphone.hehe,tapi agak melecehkan kerana akan mengambil masa untuk"unlocked" skrin.Tapi dengan iPhone 5s,semua itu tak perlu lagi dengan adanya ID Touch.
iPhone
5s memperkenalkan ID Touch yang sangat inovatif dan ia merupakan
satu aplikasi baru yang dipasang untuk memudahkan semua penggemar iPhone. ID
Touch merupakan cap jari sensor identiti baru yang akan memudahkan
pengguna mengakses telefon mereka dengan mudah dan cepat. Ia memberikan
kelainan yang sangat signifikan kepada semua penggemar iPhone. Pengguna hanya
perlu meletakkan jari pada butang utama dan ia akan membuka kekunci skrin
iPhone. Ia juga selamat untuk mengakses telefon dan mengelak
daripada orang lain mengakses telefon anda tanpa kebenaran. Selain itu,
pengguna juga boleh membeli produk-produk Apple dari kedai iTunes atau App Store
menggunakan cap jari sahaja. Sangat mudah dan selamat.
Apa
yang menariknya lagi untuk pengguna iPhone ialah iPhone 5s memiliki chip
A7 yang akan menjadikan akses sangat pantas. Melalui chip A7
iPhone memberikan CPU dan prestasi grafik yang dua kali lebih cepat dari cip
sebelumnya iaitu cip A6. Secara tidak langsung, iPhone 5s adalah merupakan
telefon bimbit 64-bit pertama di dunia dan menjadikannya sangat istimewa.
Rekaannya juga sangat unik dan telah dibina khusus untuk 64-bit. Chip A7 juga
mampu menyokong OpenGL ES versi 3.0 yang membolehkan grafik menjadi
lebih terperinci dan visual yang kompleks dimana ia boleh digunakan di Mac, PC
dan konsol permainan. Ia akan menjadikan graphic seakan-seakan lebih “real”
untuk pengguna iPhone 5s. Pastinya ia satu kepuasan untuk bakal-bakal pengguna
iPhone 5s kelak dan tidak akan mengecewakan pemilikinya.
iPhone
5S dilengkapi dengan iSight Camera yang membolehkan pengguna
mengambil gambar yang lebih terperinci dan jelas. Berikut merupakan keupayaan
dan kelebihan iSight Camera iPhone 5s:
- Sensor, piksel dan aperture yang lebih besar
- Continuous high speed burst mode
- Flash true tone
- Penstabilan imej automatik
- Video gerak perlahan
- Live video zoom
- Square image
- Panorama image
- Penapis foto
Selain
itu, iPhone 5s mempunyai Video Facetime yang membolehkan pengguna
iPhone membuat panggilan secara bersemuka melalui paparan skrin. Ciri-ciri Video
Facetime ini dilengkapi mega piksel yang lebih besar dan sensor
pencahayaan bahagian belakang yang lebih baik. Dengan itu, ia akan memberi kepuasan
kepada pengguna iPhone 5s ketika membuat panggilan Video Facetime
terutamanya ketika berhubung dengan orang-orang yang tersayang. Pastinya ia
akan menjadi kenangan indah ketika berhubung dengan mereka yang nun jauh
disana.
Seterusnya,
iPhone 5s mempunyai rangkaian sehingga 13 band LTE dimana ia akan
memudahkan pengguna untuk akses jaringan internet. Seperti yang ramai pengguna
iPhone ketahui, anda boleh download atau upload file dengan kelajuan yang cepat
walaupun anda berada di lokasi yang berlainan di seluruh dunia. Tambahan lagi,
LTE juga disokong oleh kebanyakan negara dan sentiasa diperkembangkan agar
pengguna lebih mudah mengakses di kebanyakan tempat. Oleh itu, dengan
menggunakan iPhone 5s semuanya akan menjadi mudah.
Aplikasi
iOS 7 merupakan sebuah platform user interface (UI)
terkini yang menakjubkan membolehkan pengguna iPhone 5s melakukan pelbagai
perkara dengan lebih baik terutama apabila pengguna ingin melayari internet,
menggunakan emel kerana ia dibina dengan 64-bit chip A7. Cip tersebut akan
membantu anda mengakses segala kemudahan yang terdapat dalam iPhone 5s dengan
lebih cepat. iOS 7 pastinya menjadikan antara satu kepuasan untuk
pengguna telefon ini. Pengguna iPhone boleh download pelbagai aplikasi percuma
melalui App Store seperti aplikasi iMovie, iPhoto
atau iWork dengan akses yang pantas. Oleh itu, anda pasti
terhibur ketika menggunakan setiap aplikasi yang ditawarkan oleh iPhone 5s.
Apakah
yang dimaksudkan dengan iCloud? Untuk pengguna iPhone 5s, iCloud
membolehkan anda menyimpan dan mengakses files di satu lokasi maya yang
dikhaskan untuk anda dan ia juga merupakan ciri terbaharu dalam iOS 7. Ia
memudahkan anda untuk membuat perkongsian foto seperti menghantar gambar atau
video kepada peranti iOS rakan anda. Tambahan lagi, yang menariknya ialah
mereka juga turut boleh memberi komen, pos gambar sendiri atau video. Secara
kesuluruhannya iOS 7 mampu memberikan banyak kelebihan dan kepuasan kepada
pengguna iPhone.
Ciri-ciri telefon iPhone 5s:
- Kapasiti: 16GB, 32GB dan 64GB
- Saiz: 123.8mm (L) 58.6mm (W) 7.6 mm (H)
- Berat: 112 gram
- Cip: Chip A7 dengan seni 64-bit M7 motion co-processor
- Lokasi: GPS dibantu dengan GLONASS, kompas digital, Wi-fi, Selular
- Touch ID: Cap jari sensor identiti dibina dengan butang utama
- Skrin: Papan retina 4-inci (pepenjuru) paparan skrin lebar Multi-Touch
- Resolusi: 1136 x 640 pixels pada 326 ppi
- Nisbah kontras: 800:1 (typical)
- Brightness: 500 cd/m2 kecerahan maksimum (typical)
- Sokongan paparan pelbagai bahasa
- 8 megapixels iSight, dual LED flash
- Perakam video: 1080p rakaman video HD, 3x zoom, true tone flash
- Mod burst membolehkan rakaman sehingga 10x snaps dalam sesaat
- Warna: champaigne gold, aluminium silver dan space grey
Cabaran iPhone 5s kali terbuka kepada semua Rakan Blogger Nusantara
yang telah menjadi pembaca setia kepada blog Denaihati. Tiga unit
iPhone 5s akan menjadi milik tiga blogger yang berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai impian memilikinya. Ucapan jutaan
terima kasih kepada 22 rakan blogger yang sudi menaja hadiah yang
istimewa ini.
Cabaran iPhone 5s akan melalui beberapa peringkat tugasan yang akan
diumumkan apabila setiap tugas selesai. Kelihatan agak susah untuk
memiliki iPhone 5s tetapi tidak kepada yang mempunyai kesungguhan .
Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
- Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
- Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
- Satu backlinks kepada blog Denaihati.
- Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
- Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
- Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
- Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
- Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk
bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak
untuk menjadi peserta cabaran iPhone 5s.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan kategori di entri yang lain.
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan kategori di entri yang lain.
Contest iPhone 5s gajet impian setiap Blogger anjuran Blog DENAIHATI ini turut di taja oleh
Penaja Utama
Penaja Individu
- http://www.ombakcreatives.com
- http://ejamothman.com
- http://www.eridy.com
- http://www.hilalazmi.com
- http://www.eizil.com
- http://www.asamboi.my
- http://www.diarymama.com
- http://pendekarberkuda.org
- http://www.saji.my
- http://abangensem.com
- http://www.enveeus.com
- http://www.pakarniaga.com
- http://anarm.net
- http://www.daddydee.net
- http://www.sunshinekelly.com
- http://sweetkurma.com
- http://awn.my
- http://mawarmerah2008.com
- http://www.blogieta.com
- http://www.broframestone.com
- http://www.akmaomar.com
- http://khairilmazri.com
- http://wowberita.org/
- Japan Budget Trip
7 Comments
Iphone memang terbaik.. Ena suka sangat jenama keluaran Apple ni... Apapun all the best ye yunk
ReplyDeleteNak jugak ipone..hehe
ReplyDeleteGood luck yer!
Salam utk HafizNur... Siapa tak mhu iPhone 5S wehhhh. Inilah prluang keemasan utk dptnya. Semoga berjaya.
ReplyDeleteOk cemburu.. Nak join jugak.. Hihi semoga berjaya!
ReplyDeletegood luck utk awk...
ReplyDeletesy dha lama mengidam nak pakai iphone nie.. samapi dia dah kluarkan macam versi pun masih tak dpt beli..sadis.. :(
Goodluck ;)
ReplyDeletebestnya pakai iphone..good luck
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..