Semalam genap 7 bulan si tecik mama..makin ligat dah..dah boleh merangkak dengan lajunya kehulu kehilir.Pantang nampak tempat berpaut mesti nak berdiri..nak mencapai barang-barang jangan cakaplah,dah nak clear dah barang-barang dekat ruang tamu tu haa..paling di gemarinya ialah selongkar pampers..super aktif..tak dapat bayangkan kalau hantar dekat pengasuh,terfikir sendiri kalau mamanya agak penat menjaga dengan anak tengah membuas apatah lagi kalau hantar dekat pengasuh kan..ntah apa jadi ..
Kalau bagi dia pegang botol susu,ini lah jadinya,buat main..habis penuh susu dekat muka.kalau tak dibuatnya botol susu tu macam stereng kereta..badan start 6 bulan hari tu dah susut sikit sebab dah aktif..owh ya nampak tak kereta dekat belakang tu..hehe..beli masa genap umur dia 6 bulan..masa bagi main tak pandai imbang badan lagi,sekarang siap boleh ke depan n ke belakang lagi kalau dia naik..
umur dah naik tapi rambut adik nie tak naik-naik lagi..huhu...memang ikut sebelah mak jenis rambut lambat naik kot...
Perkembangan adik 6-7 bulan:
1.Dah pandai sebut maa..pa.babah,abah..haha...tapi nampak masih susah lagi dia nak sebut..
2.Dah boleh duduk sendiri.
3.Dah boleh pegang botol susu
4.Nak berdiri sendiri dan kalau pegang dia mesti nak berjalan.
5.Masa umur 6 bulan 9 hari gigi bawah dah tumbuh 2 batang.
Gigi dah tumbuh memang asyik nak mengigit je lah..tahanje lah nanti..hehe..
1 Comments
alolo.comelnya dia :)
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..