Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan
kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi
dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40
selepas bersalin.
*Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan
api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas
pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari
seminggu.
*Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama
pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari
berturut-turut setiap pagi.
*Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan
ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari
seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat
sembuh dan wajah akan lebih berseri.
*Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah
kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan
bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan
selalu.
*Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan
boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun
dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari
bersama satu sudu besar madu lebah asli.
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..