Kalau ditanya kepada wanita mengandung, majoriti memilih untuk bersalin
secara kaedah normal. Walaupun bersalin normal perlu melalui fasa sakit
kontraksi yang amat sakit tetapi bakal ibu lebih rela menanggungnya
berbanding membiarkan perut di'potong' untuk mengeluarkan bayi.
Walaupun ramai yang kata ibu yang bersalin normal itu sangat hebat
tetapi sebenarnya ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean itu
tidak kurang hebatnya. Mungkin ibu tidak merasa sakitnya
kontraksi berlaku, mungkin ibu juga tidak merasa sukarnya proses
meneran bayi dan mungkin ibu juga tidak merasa peritnya jahitan
episiotomi bahkan tidak perlu melalui kesakitan bekas jahitan episiotomi
yang berisiko
terkena jangkitan kuman atau jahitan terbuka.
Tetapi perlu diingat, ibu yang bersalin caesarean perlu menyerahkan
dirinya untuk menerima suntikan bius paling kuat, membiarkan perutnya
dibelah selapis demi selapis untuk mengeluarkan bayi,
perlu menanggung kesakitan luka jahitan pembedahan yang sangat lama
untuk sembuh, perlu berpantang lebih teruk berbanding mereka yang
bersalin normal
Ketahuilah mereka juga kalau boleh hendak merasa pengalaman bersalin
secara normal tetapi apakan daya atas beberapa sebab berikut, mereka
perlu akur dengan nasihat doktor demi menyelamatkan bayi dalam
kandungan.
Berikut adalah sebab mengapa seseorang bakal ibu perlu melahirkan anaknya secara pembedahan caesarean.
Pembedahan Elektif
1. Caesarean Ulangan
Sebelum ini pernah melahirkan secara pembedahan caesarean.
2. Jangkitan
Ia melibatkan jangkitan seperti herpes atau HIV yang berkemungkinan terkena kepada bayi jika bersalin normal.
3. Kedudukan bayi
Bayi berada dalam posisi songsang atau melintang.
4. Praeklampsia
Jika tahap ibu sangat teruk ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi, jadi doktor tidak akan melambatkan proses kelahiran.
5. Ibu alami trauma
Mungkin pengalaman melahirkan secara normal sebelum ini menimbulkan trauma yang teruk kepada ibu.
6. Komplikasi penyakit
Penghidap penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis atau
tekanan darah tinggi memang berisiko jika bersalin secara normal.
7. Masalah plasenta previa
Posisi uri di bawah peringkat 3/4 yang berbahaya jika melahirkan secara normal.
8. Kandungan kembar
Ibu beranak kembar juga berisiko untuk melahirkan secara normal jadi doktor lebih menyarankan secara pembedahan.
9. Bayi pernah meninggal
Jika ibu pernah melalui pengalaman kehilangan bayi ketika melahirkannya
maka doktor tidak akan mengambil risiko bersalin normal.
Pembedahan kecemasan
10. Tali pusat terbelit
Masalah ini mungkin berlaku apabila ketuban pecah. Kemungkinan tali
pusat terhimpit dan menganggu bekalan oksigen kepada bayi. Ibu berisiko
meninggal dunia kerana hypoxia.
11. Proses bersalin terlalu panjang
Serviks ibu mengambil masa terlalu lama untuk buka sepenuhnya.
12. Masalah uri
Kedudukan uri di bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan boleh
membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukkan.
13. Bayi lemas
Degupan jantung bayi semakin lemah. Ia menunjukkan bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan serta merta.
14. Bantuan kelahiran gagal
Walaupun telah menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep tetapi
bayi masih tidak boleh dikeluarkan.
sumber:http://pama.karangkraf.com
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..