7 Asal Usul Nama Tempat Di Sabah Yang Tak Ramai Orang Tahu

Di sebalik nama pelik tempat-tempat ini ada yang menariknya ..tengok sini>>>250,000 pengguna yang memang dah confirm dapat! dalam kalangan 2 juta rakyat Malaysia yang terpilihAsalUsulSabah2
Dalam banyak-banyak tempat yang kita terokai, amat jarang untuk kita explore tentang latar belakang mengenai “negeri dibawah bayu” Sabah.
Apa yang membuatkan kami terlintas untuk kongsikan tentang negeri Sabah ini adalah keunikan asal usul daerahnya yang buatkan kami rasa tertarik. Memanglah kebanyakkan tempat di Malaysia ini ada sejarahnya sendiri.
Tapi, dalam banyak-banyak asal usul nama tempat di Malaysia, Sabah lah yang paling special dan menarik bagi kami. Jadi, kami nak kongsikan sedikit beberapa nama asal usul daerah Sabah yang ramai orang tak tahu macam mana nama tempat tersebut terhasil.

1. Menggatal

Menggatal
Tergelak kecil juga kami bila pertama kali dengar nama tempat ni. Mungkin Menggatal tidak se-popular seperti kawasan Sabah yang lain. Tapi, Menggatal memang wujud.
Untuk pengetahuan korang, Nama ‘Menggatal’ diambil sempena nama sejenis pokok mangga yang mengeluarkan yang buahnya apabila dimakan boleh menyebabkan kegatalan. Tempat itu kemudian disebut “Mangga Gatal”, namun lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi “Menggatal”.

2. Tawau

Tawau_Sabah_Masjid-Al-Khauthar-06
Nama Tawau sendiri  adalah berasal dari perkataan  ‘Tawai” iaitu cara orang-orang dahulu memancing ikan. Tawau ini dahulu merupakan perkampungan Nelayan.
Kemudiannya panggilan itu lebih dikenali dengan sebutan ‘Tawao” mengikut panggilan masyarakat Suluk yang merupakan penduduk majoriti di sekitar perairan wilayah Kesultanan Melayu Islam Sulu.

3. Penampang

Penampang_Sabah_SculptureAtPenampangRoundabout
Nama “Penampang” diambil daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas.
Ia berasal daripada perkataan Kadazan yang bermaksud “batu besar”. Ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan “Pampang” bertukar menjadi Penampang.

4. Putatan

Screen Shot 2015-09-03 at 12.05.43
Putatan mendapat namanya daripada sejenis pokok yang digelar Pokok Putat yang tumbuh dengan banyak di sekitar daerah Putatan .
Berdasarkan cerita lisan, Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai ‘Putat Town’ oleh penjajah Inggeris suatu ketika dahulu. Namun di kalangan penduduk tempatan, ‘Putat Town’ dikenali sebagai Putatan atas sebab sebutan dalam dialek tempatan hinggalah ke hari ini.

5. Papar

Papar_Town
Papar suatu ketika dahulu terletak di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Jadi, asal usul namaPapar adalah daripada perkataan melayu Brunei yang bermaksud tanah rata.

6. Tuaran

Tuaran
Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan Melayu iaitu tawaran . Maksudnya ialah ‘jualan’ atau ‘tawar’ atau ‘diskaun’ atau ‘promosi’.
Nama ini dipercayai berasal daripada fungsi pasar dimana para penduduk bumiputera yang datang dari perkampungan tepi bukit dan genting bukit datang ke sini untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pantai dan masyarakat Cina pantai.

7. Kota Belud

KotaBelud
Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Banjau iaitu “kota”. Maksudnya ialah kubu pertahanan manakala “belud” pula bermaksud bukit. Jadi,Kota Belud ini dirujuk sebagai “Kubu Pertahanan di atas Bukit”

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..