Menang Hadiah Peraduan Nestlé Dapur Idaman untuk Ibu!

 


Sebenarnya dah lama join peraduan ini sampaikan dah terlupa pun ada join..haha..Peraduan  Nestlé Dapur Idaman untuk Ibu! ini dianjurkan oleh Nestlé Start Well Stay Well dari 1/4/2016 hingga 31/5/2016.

Penyertaan yang amat senang iaitu hanya perlu beli produk-produk yang ambil bahagian sebanyak RM30 ke atas,Jawab 4 soalan mudah,isi borang dan hantar.Lepas tu tengoklah kalau ada rezeki menang kan.Memandangkan anak-anak fiqa memang minum Lactokid jadi fiqa pun joinlah..bukan beli sekadar RM30 tapi RM370 untuk sebulan.Amek kau..itu kena time promosi,xde promosi faham-faham je lah...haha nangis papa nak membayar.


Lepas tu hari khamis lepas datanglah lori nationwide express..bapak besar gedabak..haha siap hon-hon depan rumah..dalam hati aik..saya tak ada order apa-apa barang pun..dengan hati yang penuh pertanyaan keluar lah juga..memang sah nama fiqa..luar kotak tertulis Pengisar Tangan Philips.Masih lagi menjadi tandatanya.Dekat alamat pun hanya tertulis alamat ofis sahaja.Bila buka kotak disertakan sekali surat.Barulah tahu yang fiqa salah seorang pemenang hadiah saguhati.

Lepastu baru cek dekat facebook Nestlé Start Well Stay Well,memang betul ada nama fiqa terselit..
Keesokan harinya pula,Lori yang sama orang yang sama datang lagi,sama seperti hari kemarin tertanya-tanya lagi,tapi kali ini suami yang amik kan.kali ini Pengisar Panasonic pula.buka dan baca surat yang disertakan fiqa terpilih sebagai salah seorang penerima hadiah mingguan.




Masa cek facebook Nestlé Start Well Stay Well hanya cek pemenang hadiah sagu hati jer..tak cek pun bahagian pemenang hadiah mingguan.Tapi kelakarnya 2 hari berturut2 lori yang besar gedabak tu datang depan rumah dengan orang yang sama pula.Alhamdulillah terselit juga nama fiqa dalam peraduan  Nestlé Dapur Idaman untuk Ibu!Dah tak perlu beli blender baru yang dah memang tunggu masa nak bersara.Dan pengisar tangan tu pun dah rasmi buat jus timun dan carrot!!..


"Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT"




Post a Comment

2 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..