Senarai Milk Booster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu

Senarai Milk Booster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu

Bila sebut pasal milk booster sudah pasti ianya popular di kalangan ibu menyusu. Ramai yang tahu apa itu milk booster iaitu “penggalak susu“.Ramai ibu yang mengimpikan susu badan yang banyak dan dengan sebab itu ada yang menjadikan milk booster sebagai alternatif untuk mencapai hasrat yang diingini.
Namun AWAS! Jangan salahgunakan milk booster. Dan jangan set dalam kepala yang milk booster adalah benda wajib yang mesti ibu menyusu ada. Kerana ia bukanlah sesuatu yang wajib pun untuk banyakkan susu.
Tetapi dalam masa yang sama, kita kena juga berlapang dada dengan orang yang menggunakan milk booster. Kerana kita tidak tahu masalah masing-masing dan ia mungkin cara semulajadi atau terapi yang bertepatan dengan keadaan diri mereka.
Macam harini nak cerita tentang milk booster semulajadi yang boleh didapati di sekeliling kita. Maknanya makanan semulajadi..
Kerana setiap orang tidak sama milk boosternya. Tapi apa yang selalu kita perasan adalah milk booster ini sifatnya selalu yang jenis tinggi kandungan fiber.
Kalau tak caya cuba tengok milk booster semulajadi yang disenaraikan nanti..
Penting Sangat Ke Milk Booster Ni?
Penting ke milk booster ni? Tidak salah mengambil makanan penggalak susu jika anda sudah faham tentang konsep sebenar dalam penyusuan. Konsepnya mudah sahaja, ada permintaan, ada bekalan.. Demand & supply.
Kena rangsang payudara dengan galakkan bayi menghisap sekurangnya 2 atau 3 jam sekali. Jika semua amalan-amalan itu dah dibuat maka pengambilan milk booster bukan lagi satu kesalahan. Ia terpulang pada ibu sendiri mana yang terbaik untuk dirinya.
Ada ibu yang tidak perlukan sebarang milk booster atau penggalak susu pun. Ini kerana ibu-ibu ini berdisiplin dalam aktiviti pam dan direct feeding tanpa sebarang masalah. Namun kita perlu ingat, ada banyak juga faktor luaran yang memainkan peranan dalam penghasilan susu badan yang lancar. Dan ada sesetengah ibu memang memerlukan milk booster untuk kembalikan susu ke tahap yang sepatutnya.
Ilmu Menyusu Kena Belajar
Menyusukan bayi perlu belajar jika tidak tahu, perlu berlatih jika tidak biasa. Sebab ianya bukan ilmu semulajadi yang kita dapat, tahu-tahu jika sudah bergelar ibu sudah faham konsep demand & supply. Entah-entah ada yang tidak pernah dengar pun kan. Oleh itu, para ibu perlu mencari ilmu penyusuan..
Jika diikutkan petua orang tua-tua dahulu, pelbagai cara boleh dibuat untuk menambahkan susu badan. Ini khas untuk ibu menyusu ye. Bila susu badan mula merudum, siapa yang tidak risau kan? Hanya ibu-ibu yang mengalaminya sahaja akan memahami.
Ok kita selidiki apa yang orang-orang tua dulu amalkan. Kita tengok makanan semulajadi manakah yang dikenali sebagai milk booster..
Kacang Tanah
Kacang tanah ini kaya dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.
Halba/Fenugreek
Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ianya dikatakan boleh menambahkan susu badan juga.
Halba banyakkan susu
Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya. Tapi terpulang juga pada ibu, ada yang serasi boleh teruskan.
Lobak Putih
Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.
Jantung Pisang
Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah.
Pucuk Betik Muda
Rebuskan daun pucuk betik muda, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu. Boleh diminum 2,3 kali sehari.
Kurma
Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu “milk booster” yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam resepi boleh dibuat, makan begitu sahaja paling mudah.
Jika mahu buat jus pun boleh. Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!
Habbatussauda/Jintan Hitam
Dikatakan juga sebagai penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
Alfalfa
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.
Ada cara lain yang agak popular di kalangan ibu sekarang iaitu dengan pengambilan vitamin-vitamin dan juga suplemen untuk membantu penghasilan susu yang lebih baik sebab ia senang dimakan dan dikunyah tanpa penyediaan yang rumit.. Ada juga di pasaran set-set menyusu yang pelbagai pilihan.
Walau apapun pilihan ibu-ibu, pergantungan pada milk booster tidak menjanjikan susu yang banyak jika ibu itu sendiri tidak memahami konsep sebenar dalam penyusuan..

P/S:Kalau ada masa fiqa akan senaraikan jenis-jenus milk booster yang ada di pasaran..ianya hanyalah sebagai rujukan untuk diri sendiri dan semua di masa akan datang. 


SUMBER:http://www.permatacintaku.com




Post a Comment

2 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..