Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.


[PERKONGSIAN MELALUI FB]


Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berusia enam bulan.

 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.


Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun.

Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan.

Ia boleh dicapai dengan mengaplikasikan sembilan garis panduan berikut.

  Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak. 
1. Penyusuan susu ibu harus dimulakan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran.

2. Ibu perlu diberi tunjuk ajar cara untuk menyusukan bayi dengan betul.

3. Penyusuan susu ibu harus diberi dengan kerap dan mengikut kehendak bayi.

4. Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak perlu diberi sebarang jenis air termasuk air kosong.

5. Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan kecuali atas nasihat profesional perubatan.

6. Susu ibu yang diperah atau susu tambahan (jika perlu) tidak digalak diberi menggunakan botol dan puting. Gunakan kaedah lain seperti cawan.

7. Semua bayi normal dan sihat yang berumur di bawah enam bulan harus diberi susu ibu sahaja melainkan atas sebab – sebab perubatan atas arahan profesional perubatan.

8. Bayi kepada ibu yang HIV positif tidak boleh diberi penyusuan susu ibu walaupun oleh ibu susuan. Ibu yang HIV positif harus menerima runding cara tentang pemakanan bayi, bimbingan dan tunjuk ajar cara penggunaan rumusan bayi yang betul dan selamat.

9. Bayi yang tidak menyusu ibu mesti diberi rumusan bayi yang diperkaya dengan zat besi. Maklumat lengkap mengenai cara penyediaan rumusan bayi yang bersih dan selamat serta implikasi kewangan perlu diberi secara individu. Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan mesti dipatuhi. Anggaran jumlah susu yang diperlukan oleh bayi dalam sehari.

10. Untuk mengelakkan penggunaan rumusan bayi yang tidak selamat, sebarang keputusan untuk menukar jenis rumusan bayi harus dibuat atas nasihat profesional perubatan.



 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.
1. Mulakan makanan pelengkap hanya apabila bayi telah mencapai kordinasi saraf otot (neuromuscular) dan kematangan fisiologi.

2. Pengenalan makanan pelengkap di antara umur 4 hingga 6 bulan boleh dipertimbangkan, secara individu ke atas bayi yang mengalami pertumbuhan yang kurang memuaskan, setelah segala usaha untuk memperbaiki amalan penyusuan dilakukan.

 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.

1. Beri bayi dan kanak-kanak makanan yang padat dengan tenaga termasuk bijirin seperti beras, gandum dan ubi-ubian (kentang dan ubi keledek).

2. Mula dengan kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi dapat menyesuaikan diri, tingkatkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur.

3. Sebagai panduan, bayi yang berumur 6 - 8 bulan perlu diberi setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan. Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada umur bayi 9 - 11 bulan. Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun seharusnya diberi setengah cawan nasi pada hidangan utama. Selain itu, 1 - 2 camca teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur.

  Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak. 
1. Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan nutrient harian terutamanya protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C.

2. Makanan daripada sumber haiwan seperti daging, ternakan, ikan dan telur perlu diberikan setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink. Elakkan memberi putih telur kepada bayi. Diet yang tidak mengandungi sumber haiwan tidak dapat memenuhi keperluan nutrien pada peringkat umur ini melainkan sekiranya produk atau makanan yang diperkaya atau suplemen nutrien digunakan.


3. Produk hasil tenusu adalah kaya dengan sumber kalsium dan pelbagai nutrien lain. Bagi kanak-kanak kecil yang berumur enam bulan ke atas dan tidak menyusu susu ibu, susu daripada sumber lain perlu diambil setiap hari. Sekiranya pengambilan makanan daripada sumber haiwan lain adalah mencukupi, amaun susu yang perlukan ialah ~200 – 400 ml/hari. Jika tidak, jumlah susu yang diperlukan ialah ~300 – 500 ml/hari. Sekiranya bayi diberi rumusan bayi dan makanan daripada sumber haiwan lain, amaun susu yang diperlukan pada umur 6-12 bulan ialah ~300 – 500 ml/hari. Jika diet bayi tidak mengandungi makanan daripada sumber haiwan, amaun rumusan bayi yang diperlukan adalah ~400 – 550 ml/hari. Jenis susu yang boleh diberi termasuk rumusan bayi, rumusan susulan, susu penuh krim dan susu suhu
ultra tinggi atau susu U.H.T. Susu segar mentah tidak disyorka 


 4. Sekiranya susu dan makanan daripada sumber haiwan tidak dimakan dengan mencukupi, sumber kekacang dan bijirin perlu diambil setiap hari, sebaikbaiknya dalam satu hidangan yang sama bagi menjamin kualiti protein yang mencukupi.

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C harus dimakan setiap hari.


6. Penggunaan makanan yang diperkaya dengan zat besi juga digalakkan jika makanan diproses digunakan.


7. Diet harian harus mengandungi lemak yang mencukupi. Sebanyak 10 – 20 gm lemak atau minyak perlu ditambah dalam diet harian sekiranya sumber makanan daripada haiwan tidak diambil secara tetap, melainkan makanan kaya lemak seperti kekacang dan bijian diberi. Sekiranya makanan daripada sumber haiwan diambil, sehingga 5 gm lemak atau minyak perlu ditambah.


8. Elakkan pemberian minuman yang mempunyai nilai kandungan nutrien yang rendah seperti teh, kopi, susu pekat manis, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.


9. Hadkan pengambilan jus buah-buahan kerana ia boleh menyebabkan pengurangan pengambilan makanan berkhasiat yang lain.


10. Penggunaan suplemen vitamin dan mineral hanya boleh dipertimbangkan kepada bayi dan kanak- kanak yang menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat makanan setelah dinilai serta mendapat nasihat daripada professional perubatan.


1. Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi. Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga.

2. Beri bayi makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi mengelakkannya daripada tercekik. Kanak-kanak perlu dipantau semasa waktu makan untuk mengelakkan kejadian berbahaya seperti tercekik. Penjaga perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan asas tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.

1. Makanan pelengkap harus diberi berdasarkan kekerapan mengikut umur
seperti berikut:

6 – 8 bulan: 2 - 3 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
9 – 11 bulan: 3 - 4 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
1 – 3 tahun: 4 - 5 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat

2. Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambil adalah kurang atau makanan yang dimakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).

 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.


1. Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak kecil perlu dibantu apabila mereka makan sendiri.

2. Beri bayi dan kanak-kanak makan dengan perlahan dan kesabaran. Mereka perlu diberi galakan untuk makan tanpa dipaksa.

3. Peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.

4. Wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif serta selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa waktu makan.

 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak. 

 1. Kebersihan diri, peralatan memasak dan makanan perlu dititikberatkan bermula daripada peringkat penyediaan sehinggalah pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak.

2. Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Tangan bayi dan kanak-kanak juga mesti dicuci dengan bersih sebelum makan.

3. Sebaik-baiknya, berikan bayi dan kanak-kanak makan makanan yang baru dimasak di rumah.

4. Makanan yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan melebihi 2 jam pada suhu bilik. Walau bagaimanapun, makanan yang baru dimasak boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 24 jam (30C atau lebih rendah) atau satu bulan di dalam bahagian sejuk beku (00C atau lebih rendah).

5. Peralatan yang bersih mesti digunakan untuk menyedia dan menghidangkan makanan.

6. Peralatan yang digunakan untuk memberi bayi dan kanak-kanak makan seperti sudu, cawan dan mangkuk mestilah bersih.

7. Pemberian makanan pelengkap dengan menggunakan botol dan putting hendaklah dielakkan.





 Penafian:Entri ini di share melalui laman facebook sebagai panduan kita bersama.






Post a Comment

3 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..