Assalamualaikum..
Siapa kata wanita yang duduk rumah
jaga anak tak boleh berniaga?Hakikatnya semakin ramai surirumah yang
menjalankan bisnes online sekarang ini. Walaupun berada di rumah sepanjang
hari, ianya tidak menghalang surirumah daripada membantu menambah pendapatan keluarga.
Walaubagaimanapun ianya amat
mencabar terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil.Selain
daripada menguruskan hal-hal perniagaan, kita juga perlu memasak, membasuh,
mengemas rumah, dan dalam masa yang sama menguruskan keperluan si kecil. Jika
tidak diuruskan dengan baik, memang boleh jadi huru-hara! Bagi mereka yang baru
berjinak-jinak dalam dunia perniagaan online apa kata baca tips dibawah ini:
Anda suri rumah
- Mempunyai anak kecil-Sentiasa pastikan mereka didahulukan.Susun masa dan aktiviti mereka mengikut jadual.Tetapkan masa tidur, masa makan atau menyusu, permulaannya memang sukar tetapi apabila sudah terbiasa, anak anak akan berdisiplin dan mudah kita untuk plan tempoh dan masa untuk urus bisnes.
- Persetujuan suami-Nyatakan hasrat anda membantu suami dan pohon sedikit komitmen dari suami. Suami yang baik akan memberi sokongan penuh dan membantu anda memudahkan urusan bisnes online. Anda perlu libatkan suami dan visualize kan pada suami yang bisnes online ini akan menjadi bisnes keluarga.
- Tetap target harian dan bulanan-Ramai yang tahu, target jualan sangat penting. Sentiasa kongsikan dengan suami sama ada jualan capai target atau tidak. Suami akan lebih memahami dan akan membantu bersama untuk anda capai target anda. Letakkan target permulaan yang minima dan perlahan-lahan naikkan sasaran. Anda akan lebih bersemangat dengan cara ini.
- Akaun Syarikat- Walaupun di rumah, anda perlukan akaun syarikat yang sah, ini bertujuan untuk mengasingkan duit syarikat dan duit peribadi. Banyak kelebihannya, selain menjadi kewajipan kini untuk peniaga online perlu meletakkan nombor pendaftaran syarikat.
- Daftar akaun dengan Poslaju-Bagi yang ada produk sendiri atau membeli secara pukal produk yang diniagakan bolehlah membuka akaun di poslaju. Kelebihannya, anda tidak perlu keluar rumah, pihak poslaju akan membuat collection di rumah anda. Ini sangat menjimatkan masa dan praktikal.
Diharapkan tips untuk suri rumah yang
ingin berbisnes online ini dapat membantu kita untuk lebih terurus dalam
menjalankan bisnes online dari rumah:
2 Comments
nakkkk sangat tapi tak tahu nk niaga ape --'
ReplyDeleteoh bru tau pos laju ley dtg collect brg..thx info
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..