Saya suka buat research sebelum beli sesuatu produk. Tengok review. Tengok bahan yang digunakan. Sebab utamanya ialah untuk mengelakkan pembaziran.Nanti dah beli tak sesuai pula kan.Tapi nak search satu satu tu rasa leceh pula.Tapi sekarang tidak lagi kerana adanya laman web 100Comment.com.
Tentang 100Comment.com
Laman web 100Comment adalah platform dalam talian untuk berkongsi pandangan dan pendapat anda terhadap sesuatu produk. 100Comment.com akan memaparkan produk-produk yang berpotensi dan anda boleh review produk tersebut sekiranya anda pernah menggunakannya sebelum ini berdasarkan pengalaman anda.
Banyak kategori disediakan,antaranya ialah:
1.Health & Beauty
2.Baby & kids
3.Grocery
4.Electrical & Appliances
5.Household
6.Sport & Fitness
Pada pendapat saya,dengan adanya laman web 100comments.com, secara langsung atau tidak langsung menjawab pertanyaan saya mengenai produk yang bakal dibeli Sekurang-kurangnya komen pelanggan boleh menjadi acuan bagi saya yang akan membeli suatu produk atau barangan itu.Apa yang bestnya disini saya boleh lihat dan baca fresh komen dari pengguna tersebut.Yang bestnya dah tak payah cari review lain dah sebab dekat sini boleh baca banyak review pengguna tentang satu-satu produk itu.
Sebagai contohnya saya ingin membeli Maybelline White Superfresh Two-Way Cake SPF34 / PA+++,tapi saya ragu-ragu dan ingin mengetahui pengalaman pengguna yang telah mencuba jenama produk tersebut,Jadi saya buka laman web 100Comment.com dan search produk tersebut.Hasilnya saya dapat baca review pengguna-pengguna yang lain berkenaan produk ini.
Dari review mereka,memudahkan saya untuk membuat keputusan untuk membeli atau tidak.
Selain daripada itu di facebook 100Comment.com juga menyediakan giveaway dimana jika anda terpilih menerima produk tersebut,anda akan di minta untuk membuat review.Menarik bukan,syaratnya cukup mudah sahaja.mana tahu ada luck boleh dapat produk yang belum pernah pakai sebelum ini.
Secara keseluruhannya website 100Comments ini membantu saya mungkin juga kepada anda diluar sana,kerana bukan sahaja kita boleh baca ulasan produk,malah boleh cuba produk baru/mendapatkan sampel percuma dengan cara menyertai giveaway yang dianjurkan, Jangan lupa daftar sekarang!
untuk maklumat lanjut boleh ke laman sosial 100comments.com:
Website :http://100comments.com
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..