Makanan untuk Ibu Mengandung




Kehamilan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan janin yang sempurna. Ini kerana ,makanan yang mempunyai khasiat tertentu akan membantu dalam proses perkembangan janin yang masih berada dalam kandungan ibu.

Berikut merupakan makanan-makanan yang terbaik buat ibu semasa kehamilan:-




1.WALNUT
Rupanya yang kelihatan sepert otak manusia dipercayai sangat bagus dalam perkembangan otak bayi. Secara umum mengetahui, bahawa didalam walnut mngandungi lemak, namun jangan bimbang kerana lemak ini adalah lemak baik dan kandungan protein dalam walnut juga sangat tinggi, jadi bagi ibu2 yang tidak suka makan telur atau ikan, boleh mengambil walnut sebagai ganti dan mendapatkan khasiat yang sama seperti makan ikan atau telur.

2.BUAH DELIMA

Terdapat banyak khasiat yang sangat baik didalam buah delima untuk ibu mengandung. Tahap antioksidan yang tinggi dalam buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama tempoh kehamilan, Ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Selain itu, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir sumbing pada bayi.

3.KURMA

Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat terutama kepada ibu hamil hal ini kerana terdapat banyak kandungan vitamin dan mineral didalam buah kurma ini yang tentunya dapat menjaga kesihatan pada saat kehamilan. Antara manfaat yang boleh didapati oleh wanita hamil dengan memakan kurma adalah dapat menambahkan tenaga para ibu hamil dalam melakukan aktiviti seharian. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf malahan dengan memakan kurma dapat meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajam daya ingatan. Selain itu kandungan gula dalam kurma tidak hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga malah dapat mengatasi masalah anemia (kurang darah). Buah kurma juga dikatakan dapat mengubati masalh sembelit.

4.MADU

Madu adalah makanan yang mengandung zat terutama fruktosa, glukosa, dan jenis gula lainnya, serta madu menyediakan banyak gizi dan bermanfaat bagi kesihatan. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan. Menambah nafsu makan bagi ibu hamil. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Serta membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Bahkan penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

5.SUSU KAMBING

Susu kambing adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat didalamnya. Ianya sangat bagus diamalkan oleh kita terutamanya ibu mengandung. Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Dengan mengamalkan minum susu kambing, ibu mengandung mendapat bekalan kalsium yang lebih sekaligus menggalakkan pembekalan kalsium yang cukup untuk bayi malah mengelakkan masalah kejang kakinpada wanita itu sendiri. Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Pasti semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik serta bebas dari pelbagai penyakit. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.



P/S : AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN MINUM SUSU KAMBING UNTUK KHASIAT YANG TERBAIK BUAT ANDA DAN BABY!!



Post a Comment

2 Comments

  1. dulu masa mengandung ikut ni semua..makan je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,fiqa dari x boleh minum susu kambing sampai boleh minum..terpaksa telan hehe

      Delete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..