SAFI Shayla Shampoo Wanita Bertudung | Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan
kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan
pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi
tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan
mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa
sihat, dan bermaya.
Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari
produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama
memberikannilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna
mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan
barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.
Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama
syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda
memperkenalkansatu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.
“SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga
untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita.
DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau
digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami
mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada
harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran
SAFI.
Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam
industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang
boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shaylamelengkapkan
kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk
berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga,
pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”
Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek
Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol,
agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk
ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana
sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65%
lebih kurang.
Ada 8 variasi antaranya:
1. Hitam Menawan
2. Segar Bermaya
3. Anti Kelemumur
4. Kawalan Minyak
5. Anti Gatal
6. Kawalan Rambut Gugur
7. Kawalan Rambut Rosak
8. Licin Terurus
1. Hitam Menawan
2. Segar Bermaya
3. Anti Kelemumur
4. Kawalan Minyak
5. Anti Gatal
6. Kawalan Rambut Gugur
7. Kawalan Rambut Rosak
8. Licin Terurus
Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan
pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat lanjut mengenai
jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY,
laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..