SUMBER:GOOGLE |
Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.
Antara punca - punca ruam adalah :
Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis ialah - Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac, Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen, Barang kemas atau fabrik.
Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan. Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal.
Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius. Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor. Anda juga harus lah perlu tahu jenis-jenis ruam.
Antara Jenis-Jenis Ruam Adalah :
1) Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. pabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya. Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.
2) Ruam Susu
....kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap,
bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa
nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan
bersisik di sekitar pipi. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan memicu
anak menggaruk area yang terkena ruam, membuat anak gelisah dan rewel.
Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat malam hari dan sangat mengganggu
tidur anak. Pipi adalah kawasan kulit bayi yang sering terkena titisan
susu. Keadaan ini disebabkan juga bayi tersebut mengalami alahan kepada
susu berasakan protien lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang
berada di peringkat usia yang masih muda. jesteru itu, ibu bapa harus
lah menukarkan susu lembu kepada susu yang berasakan soya. Ibu bapa juga
haruslah memastikan setiap makanan yang di berikan kepada bayi adalah
selamat untk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.
3) Ruam Lampin
....terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang,
kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di
celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia,
losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam
berbanding lampin kain. Walau bagaimanapun, lampin pakai buang lebih
menyerap lembapan dan bayi anda akan lebih kering. Maka, risiko terhadap
ruam juga berkurangan. Menariknya, kajian menunjukkan reaksi bayi
terhadap lampin kain atau lampin pakain buang adalah berbeza-beza.
Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin apabila memakai lampin kain
atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian mudah, pastikan anda
menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil
atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan
meningkatkan risiko ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin
yang teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada
lampin kain atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan
nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan
peranan dalam ruam yang dialami.
4) ekzema
....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan
keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher,
siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis
- kemerahan, kuping, bengkak. Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik
(ekzema bentuk yang paling biasa). Ekzema atopik selalunya berlaku
dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga berlaku keatas orang
dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Untuk pengetahuan anda
juga, ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi
gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan
diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi
kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari
latar belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat,
Amerika Utara dan Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang
dijangkiti penyakit ekzema ini telah meningkat pada tahun-tahun
kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia dan Malaysia.
5) Allergy
....kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd pemakanan,
habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak
berpanjangan.Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan
terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem
keimunan badan bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan
reaksi dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori,
gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau
cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal. Tidak semestinya,
dan agak sukar dikesan bagi bayi. Contohnya, ramai bayi akan mendapat
lelah apabila diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. Ini
sebenarnya bukan tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang
kecenderungan untuk mendapat lelah apabila mereka menjadi matang.
Sekiranya lelah itu berlaku tanpa selesema, dan masih kekal apabila dia
mencapai usia tiga tahun, pakar pediatrik anda mungkin akan meminta anda
supaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi anda menunjukkan simptom
ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan sejarah bayi dan
tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.
Kebanyakan
ruam akan hilang tanpa rawatan perubatan. Rawatan di rumah selalunya
boleh melegakan kesakitan dan gatal-gatal sehingga ruam hilang. Jika
anda mempunyai ruam, anda tidak perlu berada dalam hubungan dengan
kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus yang menyebabkan ruam
adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan demam.
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..