Haiihh..orang review cloth diaper,engko sibuk nak buat review juga..😆😪..hahaha nak juga lah sebab itu review berdasarkan pengalaman diorangkan..nie pengalaman diri sendiri kan..hehe
Sebenarnya,dah lama beli cloth diaper nie..tapi tu lah nak bagi pakai tu on of je..time orang lain bagi pakai anak diorang cd,sibuk juga nak beli..kengkononnya nak bagi pakai ke anak sendiri..Haaaa..tu nafsu je sebenarnya..sebab nampak cloth tu cantik..iss mak nak juga..penyudahnya sekali 2 pakai penyakit M besar tu datang nak menyental..basuh kering lipat simpan...hahahaha...terbaik gituuuu...
Niat datang nak bagi pakai anak cd tu semula bila simpan baju2 lama anak..baru terfikir ruginya beli tapi tak pakai..azam nak bagi pakai tu datang semula..seperti review pengguna sebelum-sebelum ini bila pakaikan anak cd ini banyak penjimatan dapat dilakukan..
Memang betul memang banyak penjimatan..cuba tengok jadual dibawah..
Jadual Penjimatan pembelian Cloth Diapers
Purata kos pembelian lampin pakai buang (berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 kali sehari bagi seorang bayi)
*RM 0.50 x 6 helai x 30 hari = RM 90.00 sebulan *bergantung kepada harga lampin
RM 90.00 x 12 bulan = RM 1,080.00 setahun
RM 1,080.00 x 3 tahun = RM 3,240.00
Kos bagi pembelian 20 helai CD (20-25 helai adalah jumlah yang disyorkan)
*RM 25.00 x 20 helai = RM 500.00 *bergantung kepada harga CD
Penjimatan
setahun : RM 1,080.00 - RM 500.00 = RM 580.00
3 tahun : RM 3,240.00 - RM 500.00 = RM 2,740.00
Atau paling senang korang kira je lah harga se pek lampin pakai buang anak korang..contohnya lampin pakai buang anak fiqa rm33.99,kena beli 2 pek setiap bulan..harga berubah2*
RM33.99 x 2=RM67.98
RM67.98 x12 bulan =RM815.76
Sebanyak RM815.76 untuk setahun hanya kos lampin pakai buang sahaja..kalau 2 orang?tiba2 dapat kembar ke...hehehe..pengsan kejap...
Tapi bila guna cloth diaper masih perlu beli lampin pakai buang tapi hanya 1 pek sahaja,jadi jimat rm33.99 dekat situ kan..*Fiqa guna lampin pakai buang bila malam dan keluar jalan2..
Bila kira rm33.99 x dengan setahun bersamaan RM407.88
Kalau rm33.99 masuk bank kita kasi berbunga2 dalam tu..dah nampak hasil tu kan..
TAPI..
Jangan berangan kalau korang malas nak membasuh macam fiqa dulu..hehehe.
Sebenarnya senang nak basuh Cuma apabila basuh bila anak berak je rasa mencabar sedikit..tak lah mencabar sangat pun sebenarnya..dari kita je sebenarnya sama ada rajin atau tak.
Harga CD?
Harga berbeza-beza mengikut brand dan kualiti..ada yang mahal ada yang murah.Ikut kemampuan masing-masing.
4 Comments
Nice sharing..
ReplyDeletethank you..:)
ReplyDeleteMek belum dikurniakan rase yg rajin menebal :) hahahha. Lepas tu mek jenis tk nk complicated (penipu btol - ckp je la malas sebenarnya) --'
ReplyDeleteboleh guna lampin pakai buang ..cuma masa kecik sahaja..dah besar sedikit suruh mereka pergi tandas macam biasa.
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..