Akhirnya terjebak dengan CHILINDO.COM

Mula-mula boleh ignore je iklan dari chilindo nie,tapi setiap kali kau scoll timeline fb dan nampak ads post dari chilindo nie dah tak boleh tahan makanya gatal tangan nak mencuba main bid-bid gitu..akhinya terjebak juga mak!!Hahaha adoii...

Apa itu Chilindo.com? Ia adalah website shopping dari Thailand yang telah  masuk ke pasaran Malaysia.Website ini berkonsepkan Bidding.Kau bid paling tinggi kau menang gitu...

Apa yang ada  dalam website Chilindo.com?Semua ada dari barang wanita,lelaki,rumah,gadget sehinggalah ke untuk kanak-kanak.

Bila usha-usha takde pun barang yang menarik pehatian..tapi kebetulan ternampak potty trainning..comel lak tu..katak hijau gitu..haha..apalagi bid lah..bid punya bid kita dapat bid tertinggi iaitu RM13.34..

Untuk bayaran guna bank pula hanya OCBC Bank sahaja yang ada buat masa ini.Jadi saya terpaksa pilih bayar masa terima maksudnya kos penghantaran RM8 tambah charge bayar masa terima barang iaitu RM4 total RM12.00




So inilah invois yang diterima.jumlah yang perlu dibayar masa teima ialah RM26.67 tapi masa penghantaran dorang genapkan jadi RM27.00.Penghantaran menggunakan Ninja Van dan akan dihantar dalam masa 1 hingga ke 3 hari.
Kotak Chilindo.com.Kotak je besar isi dalam kecik je..haha

Inilah dia barang yang di bid di Chilindo.com tu..

Sebenarnya benda ni ada je jual dekat lazada tapi nak merasa main bid-bid kengkononya kan..hehe..Apa yang boleh disimpulkan kalau korang nak beli barang dari sini beli banyak-banyak baru berbaloi dengan kos penghantarannya tu..hehe..


Post a Comment

19 Comments

  1. Mcm best juga ni main bid bid....

    ReplyDelete
  2. Memang best kalu kena dengan cara bid.. Barang mahal boleh dapat murah.. Kalu rasa nilai dh tinggi xpayah bid lagi.. Cuba sekali lagi bid barang 2.. Cuba bnyak kali pon xpe xkene bayar pon...beli banyak2 barang pastu baru bayar cas 1 kali penghantaran....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..kita first time main bid2..x berapa tahu sangat..next time boleh cuba lagi..hihi

      Delete
  3. Kalau dah menang bid pastu xnk beli cam mne ye nak buang.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah menang bid pastu xnk beli cam mne ye nak buang.

    ReplyDelete
  5. Kalau dah menang bid pastu xnk beli cam mne ye nak buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah menang tapi tak nak beli,just biarkan je..dalam masa 2 hari item akan hilang sendiri dari chart.Tapi misal kata menang 3 bid,salah satu tu xnak beli,boleh PM dekat Facebook Chilindo item @ no invois minta cancel item tersebut n dorg akan tolong cancelkan.

      Delete
    2. Sis..nak tya no item tu yg mana ehh?

      Delete
    3. maaf lambat reply...Nie saya bagi contoh yer..boleh tengok dekat akaun chilindo anda..
      No.Lelongan 67966427
      No.Barang 41-022

      Boleh bagi kedua-duanya sekali untuk pihak chilindo batalkan item daripada troli atau invois.

      Delete
  6. Macam mana nak cancel barang yang menang dari troli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau xnak beli barang tu just biarkan je dalam maa 2 hari barang tu akan hilang sendiri dari troli..tapi kalau dalam troli tu ada 2 barang n contohnya 1 barang tu tak nak beli boleh PM dekat Facebook Chilindo item @ no invois minta cancel item tersebut n dorg akan tolong cancelkan

      Delete
  7. tp skrg dah xda bayaran masa terima.. nk buat bnk trnsction xpndai sgt.. bole tlong ajar tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok tutorial dari sini:
      http://www.sofinahlamudin.com/2017/08/cara-dan-kaedah-pembayaran-selepas.html

      Delete
    2. Ade je cod..sehari je brg dah smpy

      Delete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..