Ezbuy adalah sebuah pembekal professional yang memberi perkhidmatan membeli belah dalam talian. Ditubuhkan pada tahun 2010 lagi dan menjadi platform membeli-belah di luar negara yang pertama dan terbesar di Singapura. Sehingga hari ini, ezbuy menyediakan perkhidmatan membeli-belah dari China, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Australia, Thailand dan akan memperluaskan lagi perkhidmatan kepada lebih banyak negara.
Ezbuy baru-baru ini telah memperkenalkan dua laman e-dagang iaitu JD.com dan juga Mogujie.com dalam senarai e-dagang rakan kongsi mereka.Sedikit info tentang kedua-dua laman web ini ialah:
- JD.com- Satu lagi platform membeli-belah dalam talian terbesar di China. Lebih banyak pilihan untuk anda membeli-belah dan anda boleh mendapatkan produk di sini dengan berkualiti dari peniaga yang bereputasi.Laman web yang lengkap dari Peralatan Rumah Tangga, penjagaan kereta & aksesori, pakaian, bekalan pejabat, produk rumah & hidup, peralatan sukan, dan banyak lagi.
- Mogujie.com-Siapa yang suka shopping online pakaian yang trendy korang berada dilubuknya kerana di sinilah korang akan disajikan dengan pelbagai jenis,fesyen,design dan macam-mcam reka bentuk pakaian,kasut,handbag dan tidak ketinggalan juga dengan alat kecantikan.Syurga kaum wanita😃
Kalau anda search secara terus ke laman web JD.com dan Mogujie.com apa yang anda lihat sebuah website yang berbahasa cina dan anda akan blur sekejap..hehe..Tapi seperti yang telah anda baca diatas memang betul kerana korang dengan senang hatinya boleh shopping di JD.com & Mogujie.com melalui Ezbuy.my.
Jadi macam mana nak shopping di JD.com & Mogujie.com melalui Ezbuy.my???
Ok,jom lihat cara-cara fiqa shopping melalui JD.com ini..
1.Buka laman web JD.com,Laman web ini memang bahasa cina dan korang translatekan ke English dulu.
Lepas tu pilihlah barang apa yang korang nak.Contohnya fiqa nak sarung sofa dan klik, akan dibawa ke page yang seterusnya
copy link produk seperti contoh diatas..seterusnya..
Masuk ke laman web https://ezbuy.my/.
1. Salin pautan URL dari JD.com dari item yang anda ingin beli dan masukkan pautan URL ke dalam bar carian ezbuy dan klik pada butang carian.(Pastikan korang dah sign in yer)
2. Pilih reka bentuk yang anda mahu dan klik pada "ADD TO CART".
3. Masuk ke shopping cart anda dan klik pada "CHECK OUT"
4. Sahkan pembelian anda, dan klik pada "PAY NOW" untuk membuat pembayaran anda.
5.Selesai! Tinggal tunggu barang sampai sahaja.
Sangat mudahkan!
Untuk shopping di Mogujie.com pun cara-caranya adalah sama seperti di atas!!
5 Sebab kenapa Ezbuy menjadi pilihan!!
Sebenarnya fiqa lebih suka shopping melalui Ezbuy.my ini atas sebab-sebab yang berikut,
1.Tidak perlu memahami bahasa Cina.
-Tak perlu risau lagi macam mana nak shopping dari Jd.com serta Mogujie.com kerana adanya EzBuy. Website ini dibina untuk pasaran Malaysia dan memudahkan kita untuk membeli belah atas talian yang menggunakan bahasa cina.Kini tiada masalah bahasa lagi kerana ianya dalam bahasa english dan harga yang dipaparkan pula dalam ringgit Malaysia (RM).
2. Anda boleh menikmati kadar penghantaran dengan hanya RM8.80
-Dengan ezbuy PRIME - unlimited shipping dengan hanya bayaran Rm8.80 sahaja.Dengan Prime kita boleh beli banyak tanpa perlu risau kos penghantaran antarabangsa. Untuk maklumat lanjut semak ezbuy PRIME di SINI.
3. Anda skip pengimport, eksport, pengedar dan peruncit
Melalui laman web ezbuy,anda dapat membeli terus dari pengeluar secara langsung.Anda akan mendapat harga borong yang mana menjimatkan kos.
4.Pilihan penghantaran.
Ezbuy memberikan kos penghantaran yang sangat rendah.Terdapat Empat pilihan penghantaran dan kadar penghantaran yang berbeza iaituDHL Express ,Priority Air ,Economy Air ,Sea.
Klik di sini untuk melihat kadar penghantaran. https://ezbuy.my/Help/CostCalculate
5. Banyak pilihan.
Terdapat pelbagai barangan yang ditawarkan.Kadang-kadang barangan yang dijual di sini agak mahal tetapi melalui ezbuy anda boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah.Boleh berjimat.
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..