Seperti korang semua tahu Althea telah mengeluarkan produk penjagaan kulit terbarunya iaitu Bare Essentials.Apa yang menariknya produk penjagaan wajah ini memberikan tumpuan kepada asas penjagaan kulit!Maksudnya di sini korang dah tak payah melakukan step 1-10 daily skincare routine lagi.Hanya dengan 3 step skincare dari Althea Bare Essentials dah cukup tau.The packaging looks really simple, clean, and basic.
Fiqa jenis malas nak buat rutin step by step langkah penjagaan muka.kadang tu cuci muka apply toner je dah cukup..Tapi bila tahu tentang penjagaan kulit dari Althea,memang teringin nak mencuba sebab rutin penjagaan muka melalui Althea Bare Essential ini tersangatlah simple uol's!
Jadi,inilah dia 3 penjagaan kulit dari Althea Bare Essentials.
Bahan utama contour cleanser ini ialah Ice Plant yang memberikan kesan penyejukan dan penyegaran yang membantu menenangkan dan hidrat kulit sensitif dan juga mengurangkan kemerahan.Manakala Extract Lemon yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan dapat membantu menguatkan kulit wajah.Lemon verbena mempunyai penyembuhan yang kuat dan 9 kali lebih wangi.Bukan sahaja verbena lemon mempunyai aroma yang menarik, ia juga membantu melembutkan dan melicinkan kulit, menenangkan dan mengurangkan jerawat dan mengurangkan keadaan bengkak.
Review:Bila apply dekat muka terasa soft je wangian cleanser nie.Bila gosok di permukaan kulit terasa menegang dan kulit berasa sejuk dan segar kulit muka .Tekstur cleanser nie bila kita picit keluar dari tiub dia macam agak pekat dan padat tau.Tapi bila campur sikit dengan air dan apply dekat muka ada biji-biji micro capsule yang keluar.Buih yang keluar sangat-sangat ringan.Oh ya selain daripada menghilangkan kekotoran Contour Cleanser ini juga memperbaiki peredaran darah sambil meningkatkan peredaran darah untuk muka berbentuk V. Dan ya,ia membersih secara menyeluruh tanpa mengeringkan kulit muka!
Bahan utama Primer Water ini ialah Snow Lotus melembut dan mencerahkan kulit pada waktu petang, teksturnya untuk meningkatkan kelancaran dan cahaya semulajadi.Formulasi DEWDROP yang diformulasikan adalah teknologi khas yang boleh menghidupkan semula kulit dan memberikan kelembapan segera serta berkesan.Bahan dewdrops melembutkan kulit dan meningkatkan kelembutan dengan perlahan-lahan mengisi jurang antara liang dan kulit
Review:Primer water ni digabungkan dengan toner.Jadi dah tak payah nak pakai toner lagi.2 in 1 gitu.
Fixer Cream ini boleh digunakan tidak kira jika kulit anda kering, kering, normal, atau berminyak. Fixer cream ini berasaskan air ini mengandungi Trehalose yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Teh Hijau Liar Menghidrat, menenangkan kulit dengan pek antioksidan manakala ekstrak Baobab Tree pula merupakan ejen pelembap yang tidak berminyak yang menggalakkan pembentukan kolagen-membantu memberikan berseri, berseri kulit serta menghalang kedutan.
Review:Masa awal-awal apply Fixer Cream nie tekstur cream nie macam melekit sedikit..tapi lepas ianya menyerap dalam kulit wajah..kulit wajah rasa ringan seperti tidak menggunakan cream pun.Malahan kulit rasa smooth je.Wangiannya pula seperti aromatherapy gitu..
Set penjagaan wajah Althea Bare Essentials ini berharga RM116.00.Berminat nak cuba?Korang boleh dapatkan produk ini secara set atau pembelian asing-asing..(eh tapi kalau beli asing-asing memang serius regi weh sebab produk nie memang best..serius cakap..hehe..) hanya di www.althea.kr
1 Comments
terbaek..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah di teratak kecil ejulz yang x seberapa :)
1. Senarai Pengomen Tegar APRIL 2018
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..