Review: St. Ives Energizing Coconut & Coffee Scrub

Baru-baru ni Fiqa dapat bungkusan dari Nuffnang.Bungkusan tu wangi tau..fiqa wangi sangat arom kopi tu..ingatkan minyak wangi..haha..Bila buka rupanya produk dari  St. Ives. Memang terujalah nak cuba produk ini..eh lupa..fiqa dapat scrub  St. Ives Energizing Coconut & Coffee Scrub.Jika anda melihat/menggunakan produk ini jngn terkejut kerana  ianya adalah new look dari St.Ives.Design yang terbaru ini telah di beri nafas baru dan nampak lagi menarik daripada packaging yang lama.Malah kesemua produk scrub dari St.Ives ini diganti dengan design terbaru. 


Sekiranya anda melihat / menggunakan muka muka ini sebelum ini, anda akan melihat bahawa pembungkusannya telah diberikan makeover.



Rutin mencuci muka dengan hanya menggunakan pencuci muka sahaja sebenarnya tidak mencukupi.Penting sebenarnya menggunakan scrub muka kerana scrub muka dapat membuang sel-sel kulit mati,mengelakkan pori-pori dari tersumbat,menghidrat dan melembapkan kulit,,meningkatkan peredaran darah serta dapat mencerahkan kulit lagi-lagi kulit muka yang kusam.


ENERGIZING COCONUT & COFFEE FACE SCRUB ini merupakan Winner of America's 
#NextTopScrub. Scrub ini mengandungi pengelupasan semulajadi 100% untuk mendapatkan  kulit yang kelihatan segar selepas menggunakannya.Penggunaan Ekstrak dari laid-back kelapa dapat melembutkan kulit secara semulajadi.Manakala manfaat kopi untuk wajah seperti mengecilkan pori-pori pada wajah,mengatasi wajah berminyak,mengatasi wajah kusam, menghaluskan kulit,mengatasi dan menyamarkan bekas jerawat serta menghilangkan blackheads.

Bahan:

Water (Aqua), Juglans Regia (Walnut) Shell Powder, Glyceryl Stearate SE, Glycerin, Cetearyl Alcohol, Zea Mays (Corn) Kernel Meal, Cetyl Alcohol, Sodium Lauryl Sulfoacetate, Cocamidopropyl Betaine, Glyceryl Stearate, PEG-100 Stearate, Cetyl Acetate, Benzyl Alcohol, Fragrance (Parfum), Ceteareth-20, Triethanolamine, Carbomer, Polysorbate 60, Disodium EDTA, Benzoic Acid, Acetylated Lanolin Alcohol, Sorbic Acid, Caffeine, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Extract, Caramel, Titanium Dioxide (CI 77891).





Bila buka je penutup scrub nie keluar aroma kopi yang menyegarkan yang sebati dengan aroma kelapa.Apalagi bila dah scrub muka tu..fuhh rasa best je.Gosok secara lembut.Lepas cuci tu rasa kulit muka segar dan lembut je tau.Fiqa dah guna 2 kali scrub nie nampak bersih je kulit muka.Ok,berapa kerap nak guna scrub muka nie?Guna 2 atau 3 kali seminggu je tau..


Ingin kembalikan kulit wajah yang lebih sihat dan segar? Masih belum terlambat untuk membeli dan try scrub St. Ives.Ada 6 jenis scrub muka terbaik  dari St.Ives dengan packaging yang terbaru  yang berada dipasaran yang anda boleh pilih antaranya:

  • Gentle Smoothing Oatmeal Scrub & Mask
  • Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub
  • Blackhead Clearing Green Tea Scrub
  • Acne Control Apricot Scrub
  • Energizing Coconut & Coffee Scrub
  •  Fresh Skin Apricot Scrub



 Sumber Gambar:IG St.Ives




Post a Comment

0 Comments