Perlukah Breast Pump masuk dalam checklist barang keperluan ibu dan kelahiran bayi?



Sedar atau tidak sekarang ini Breast Pump mesti termasuk dalam checklist bagi mereka yang baru menimang cahaya mata. Persediaan untuk menyambut kehadiran cahaya mata buat pertama kali memang mengujakan. Memang Excited .I feel you!! Kalau boleh semua mesti nak sempurna! Bagaimanapun, bagi mengelakkan terjadi pembaziran dan tersalah beli barang kelengkapan, para ibu bapa dinasihatkan untuk membuat senarai barangan yang penting untuk dibeli.


Jadi,perlukah Breast Pump di beli?

Breast Pump ini digunakan untuk pelbagai sebab.Ramai ibu-ibu yang berazam dan ingin  untuk direct breastfeeding anak mereka.Sebaik sahaja bayi dilahirkan, amat digalakkan untuk ibu menyusukan bayi secara langsung/ direct feeding sebab pada waktu inilah, kolostrum dihasilkan dan amat baik untuk bayi,tetapi bergantung kepada situasi di mana ibu-ibu terpaksa menggunakan Breast Pump .
Antaranya seperti:

1) Bayi yang lahir tidak cukup bulan

Bayi pramatang didefinisikan sebagai bayi yang lahir sebelum usia gestasi 37 minggu. Bayi yang lahir terlalu awal berisiko mengalami pelbagai kesihatan kesihatan kerana keadaan tubuh yang tidak cukup sempurna perkembangannya.dan biasanya bayi pramatang dipantau di unit NICU (neo-natal intensive care unit). Bayi yang lahir tak cukup bulan biasanya mempunyai masalah weak suckling.  Ibu perlu menggunakan masa ini untuk mengepam susu bagi memastikan bayi tersebut memperoleh khasiat kolostrum dan seterusnya susu ibu, serta membantu merangsang pengeluaran susu.

2) Bayi mengidap jaundice

Bayi yang mengidap jaundice yang tinggi perlu warded dan melalui phototherapy treatment. Ibu perlu mengepam susu untuk dibekalkan kepada bayi tersebut. Tak semua ibu-ibu mampu untuk berulang alik ke hospital untuk menyusukan baby yang jaundice. Kekerapan baby yang baru lahir untuk menyusu ialah setiap 2 jam. Sekiranya ibu melahirkan melalui kaedah pembedahan, pergerakan yang lasak & banyak amat tidak digalakkan. Tambahan pula sememangnya dalam keadaan ibu yang harus berpantang, membekalkan baby dengan susu perahan/EBM adalah digalakkan. Si ibu boleh memerah susu dirumah dan si ayah boleh ke hospital untuk menghantarkan susu tersebut kepada baby yang sedang dirawat jaundice. Apabila bayi sudah sembuh dari jaundice dan pulang ke rumah, si Ibu sudah boleh menyusukan secara langsung/ direct feeding sekaligus mengurangkan penggunaan breastpump.


3).Masalah Inverted Nipples

Inverted Nipples adalah putting susu yang tidak dapat menonjol dan cenderung masuk ke dalam.Ini menyebabkan air susu ibu tidak dapat keluar dengan lancar.Jika ibu tersebut mengalami masalah inverted nipples,breast pump boleh membantu untuk mengatasinya.Masalah inverted nipples juga merupakan salah satu penyebab yang boleh membuatkan seseorang ibu itu mengalah untuk meneruskan penyusuan.


4) Untuk membantu mengurangkan engorgement dan mengelakkan mastitis

Breast engorgement adalah kondisi payudara membengkak akibat ASI berlebih dan tidak dikeluarkan.Ramai ibu yang mengalami engorgement semasa pantang disebabkan semakin banyak susu yang dihasilkan. Jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan mastitis. Jadi memang penting untuk si ibu mengepam untuk mengelakkan perkara ini. Ada sesetengah ibu masa berpantang susu sangat banyak!Rezeki kan.

5) Ibu bekerja

Untuk ibu-ibu yang bekerja, breastpump adalah satu keperluan. Bila si Ibu dah kembali bekerja, memang perlu breastpump untuk buat stok EBM (Express Breast Milk/ susu perahan)segar untuk dibekalkan kepada anak setelah ibu masuk bekerja.Selain itu,untuk mengajar anak menyusu botol sebelum ibu masuk bekerja.


6) Untuk maintain pengeluaran susu yang berterusan.

Bagi ibu bekerja, apabila anak tidak menyusu semasa ibu bekerja, penting untuk ibu menggantikan sesi penyusuan tersebut dengan mengepam, bukan sahaja untuk menyediakan stok susu kepada anak, tetapi juga untuk memastikan pengeluaran susu yang berterusan. Jika si ibu tidak mengepam, badan akan menerima signal bahawa ia tidak perlu menghasilkan susu kerana si anak tidak memerlukan susu tersebut. Lama-kelamaan pengeluaran susu akan menyusut, dan ini akan membawa kepada masalah "susu sikit".



Jadi kesimpulannya disini,jika anda hendak membeli Breast Pump apa kata beli lepas bersalin.Tengok perkembangan lepas bersalin nanti.Dari situ boleh tengok sama ada anda perlu guna atau tidak breat pump ini. Amat digalakkan anda breastfeed anak secara direct kerana dapat Bonding Time dengan anak. Pengalaman berharga bagi seorang ibu =)


Nak usha Breast Pump??Klik SINI 




Post a Comment

0 Comments