INSTANT SPAGHETTI 3 MINUTES MASTER PASTO

Nak makan spaghetti?
Balik kerja dah penat tak jadi nak buat?
Saya?Anak-anak minta baru masak..haha..memang pernah terlintas dalam fikiran takde ke spaghetti yang beli buat stok banyak-banyak kat rumah anak nak makan,tinggal nak panaskan je dan makan.Haa..bukanlah malas tapi kan nak buat tu nak kena cari bahan lagi nak rebus spaghetti nak sediakan bahan-bahan lagi kan.Kadang-kadang tu masa kita pack sangat sampai tak sempat.Kalau hujung minggu takpe lah juga kan.

Alah-alahhh,kesiannya daku baru tahu rupanya dah memang ada instant spaghetti ini dekat pasaran,cuma mungkin malas gugel,malas cari lah penyebabnya sebab baru sekarang baru tahu!Adehh



Kalau korang tak tahu macam saya juga yang baru tahu nie,mari saya share dengan korang,instant spaghetti 3 minit dari Master Pasto.Nah dah tahu kan,p cari sekarang..hehe..

Sedikit info mengenai Master Pasto ini ialah merupakan online store yang menjual ready-to-eat pasta.Apa yang menariknya ialah proses penyediaannya hanya- 3-Minute Wonder.!Master Pasto telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober tahun 2018 dan kini menjadi pasta nombor 1 nombor di Malaysia.Woww..i like it!!Siapa yang tak suka kalau jumpa makanan yang senang dan mudah disediakan.Lagi-lagi makanan kegemaran anak-anak. Jenama Master Pasto ini Made by Lioco Food Industries Sdn. Bhd yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 di Penang Pulau Pinang.


Master Pasto adalah produk siap sedia dan selamat yang mempamerkan semua bahan semulajadi yang digunakan dalam hidangan pasta yang lazat, yang tidak mengandungi MSG, tiada pengawet dan tiada penyejukan yang diperlukan, dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk memanaskan semula. Paling penting, ia adalah produk HALAL.


Packaging baru Spageti Segera Master Pasto


Spaghetti Aglio Olio with chicken?
Spaghetti Bolognese with chicken?
Spaghetti Mushroom with cream sauce?
Yang mana korang suka?Atau ketiga-tiga sekali?Haa,semua ini ada dijual  secara Flavor Mix,Bundle dan juga Carton.



Dalam setiap kotak pula, ada 2 paket yang berasingan yang mana satu paket spaghetti dan lagi satu ialah sosnya.Packagingnya pula kedap udara, kemas, selamat dan tidak perlu dimasukkan dalam peti sejuk.



Saya telah mencuba sendiri ketiga-tiga jenis Instant Pasta 3 Minutes Master Pasto ini.Apa yang boleh saya katakan ialah,ini memang  best Spaghetti yang saya pernah rasa.Lagi sedap dari yang saya buat sendiri..haha..seriusly makan sebungkus memang tak cukup weh!!sedap dia memang buat teringat-ingat lagi.Takpe lepas nie boleh order lagi.


Cara penyediaannya.

Bila cakap hanya memerlukan hanya 3 minit saja,kompom ehh betul ke kan.So sini saya tunjukkan cara penyediaannya yang cukup mudah sekali.Sebenarnya ada 2 cara yang korang boleh gunakan untuk sediakan  Malaysian Pasta ini.





Cara 1:Guna Cara Boiling Water

Saya malas nak keluarkan microwave,jadi saya guna cara boiling water je.


-Didihkan air didalam periuk  atau pun menggunakan cerek elektrik.
-Rendamkan Spagheti dan Sos Flexy Packy didalam air panas yang sudah mendidih dan biarkan air terus didih selama 3 minit.
-Keluarkan Spagheti dan Sos Flexy Packy dari Periuk.Buka dan tuangkan ke dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.



Cara 2: Guna MicroWave

Untuk yang menggunakan Microwave pula,kena buka spagheti dan sos flexy packy dan tuangkan kedalam pinggan ataupun bekas yang sesuai untuk ketuhar gelombang mikro.
-Masukkan kedalam ketuhar dan panaskan selama 1 minit dan sedia untuk di makan.


Spaghetti Bolognese Ayam



Bahan-bahan:Spageti,Tomato,Ayam,Air,Sos Pekat Tomato,Gula,Bawang,Minyak Sayuran,Tepung Gandum,Bawang Putih,Garam,Tepung Kanji,Serbuk Stok Ayam,Basil,Daun Pasli,Lada Hitam dan Garam Sodium.


Spaghetti Mushroom Cream Sauce



Bahan-bahan:Spageti,Air,Cendawan,(Cendawan Shiitake,Cendawan Button,Cendawan Portobello),Minyak Sayuran,Tepun Gandum,Bawang merah,Bawang Putih,Serbuk Susu,Krimer,Gula,Garam,Serbuk Stok Ayam,tepung Kanji,Daun Pasli,Serbuk Bawang Putih,Serbuk Bawang Merah,Lada Hitam dan Garam Sodium.

Spaghetti Oglio Olio Ayam

Yang nie takde gambar,tak sempat nak snap dah kena bawa lari anak-anak.hahaha..

Bahan-bahan: Spagheti,Air,Ayam,Minyak Sayuran,Bawang Merah,Bawang Putih,Garam,Gula,Cili Kering Kisar,Tepung Kanji,Serbuk Stok Ayam,Tepung Gandum,Daun Pasli,Serbuk Bawang Putih,Lada Hitam,Basil,Rosemarry,dan Garam Sodium.





Master Pasto 3 minute Ready To Eat Meal in Malaysia,sesuai sekali untuk:

1.Bagi mereka yang sibuk bekerja dan kekangan masa nak memasak.
2.Memudahkan kerja mak-mak !!This is me..Ahaakkk
3.Senang nak bawa travel
4.Korang boleh juga jadikan Souvenirs from Malaysia untuk rakan-rakan korang kat luar negara ke kan.

So kesimpulannya apa yang saya boleh katakan Master Pasto ini,memang sedap,tak rasa pun yang ianya ready meal,penyediaan yang cukup mudah,tak payah nak campur bahan lain dah sebab Sos flexy packy dia memang cukup rasa,cukup ramuan bagai.Tinggal nak masuk mulut je..


Nah,kalau korang teringin juga nak mencuba sendiri macam mana sedapnya spagheti dari master pasto nie korang boleh ke laman web di bawah ini.



Website: https://www.masterpasto.com
Instagram: https://www.instagram.com/masterpasto/
Facebook: https://www.facebook.com/masterpastolioco





Post a Comment

2 Comments

  1. dah try,.. sedap!! 1st time datang sini, nk follow each other tak? jika nak boleh follow blog saya dan saya akan follow back.. TQ :D

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..