Assalamualaikum semua..
Seperti yang korang tahu,Althea Korea sekali lagi mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu A’bloom collection.Antara produk yang ada dalam A’bloom collection ini terdiri daripada:
Seperti yang korang tahu,Althea Korea sekali lagi mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu A’bloom collection.Antara produk yang ada dalam A’bloom collection ini terdiri daripada:
A'bloom BHA Blackhead Blaster:Trend K-kecantikan yang paling hot, ianya merupakan triple-care pore stick yang tidak merengsakan. Mudah dibawa dan diguna pakai, hanya 30 saat diperlukan untuk membuang blackhead!
A'bloom Sheet Masks:Mempunyai 4 jenis variasi,mask 2-in-1 yang diperbuat daripada ekstrak buah-buahan ini kaya dengan antioksidan dan ekstrak tumbuhan untuk penghidratan tambahan.
A'bloom Meringue Puffs: Terdapat dalam 2 saiz yang comel (baby & giant), puffs solekan ini membantu memberikan kesan solekan yang sempurna dan boleh digunakan sama ada kering atau basah untuk kemasan yang berbeza.
Price : RM16.00
Where To Buy : Althea Korea
Made in : Korea
Net Weight : 55 ml
Ingredient Highlights : Damask Rose Extract,Hyaluronic Acid,Geranium Oil
BHA Blackhead Blaster diformulasikan dengan campuran BHA (berasal dari kulit willow) dan serbuk biji aprikot, menggunakan kedua-dua kaedah pengelupasan manual dan kimia untuk memberi pembersihan yang lembut tetapi berkesan. Ini membantu menanggalkan bintik hitam dan meminimumkan liang-liang pori, serta mencegah bintik hitam dan whitehead dari membentuk. Ekstrak arang dan teh juga membantu untuk menyahtoksik dan mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan, menjadikannya rawatan penjagaan kulit yang hebat bagi mereka yang mempunyai masalah prone skin .Apa yang bestnya BHA Blackhead Blaster ini ialah ianya cepat dan senang membersihkan/membuang blackhead/whiteheads dengan hanya 1 minit sahaja.Tidak menyakitkan serta memedihkan kulit,cara yang efektif untuk membuang sebum yang berlebihan serta boleh juga digunakan untuk membersihkan siku dan tumit kaki.Cara guna pun mudah sahaja.Hanya sapu pada tempat yang bermasalah seperti hidung ,gosok secara membulat kemudian bilas dengan air suam.
Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya yang boleh merengsakan kulit anda . Ia juga cruelty-free,so korang bole gunakannya tanpa was-was.Untuk kesan yang lebih baik sebelum guna,tutup wajah dengan kain suam supaya liang pori cepat terbuka,dan bila sapu BHA Blackhead Blaster ini senang blackhead/Whitehead keluar.1st time guna macam takde perubahan sangat tapi bila dah berkali-kali guna nampak blackhead dibahagian hidung saya semakin berkurangan.
Sheet mask merupakan salah satu produk kecantikan kegemaran saya untuk penjagaan kulit wajah seperti memutihkan, menyegarkan dan mengembalikan kelembapan. Sheet mask terbaru dari Althea
iaitu A'bloom's Sheet Mask terdiri daripada 4 jenis formula yang berbeza yang mana ianya untuk memenuhi keperluan kulit kita.Jom lihat yang mana satu menjadi pilihan/keperluan kulit wajah korang.Price : RM15.00 (10 Sheets)
Skin Type: All Skin Types (Great for Combination Skin)
Full Size : 25G | 0.88oz
Key Ingredient: Citrullus Vulgaris (Watermelon),Fruit Extract,Lavandula Angustifolia (Lavender) Extract
Watermelon Mask Sheet: Drench & Quench Care
Masker pelembap ini mengandungi exstrak tembikai yang mana ia mampu memberikan penghidratan serta melembapkan kulit wajah untuk masa yang panjang.Moisturizing Watermelon Mask Sheet ini sesuai digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit kering/atau kulit kombinasi kerana ekstrak tembikai yang digabungkan dengan trehalose dan juga lavendar ini sangat efektif untuk mengekalkan kelembapan,effectively quenching,soothing dry dan juga chapped skin.
Price : RM15.00 (10 Sheets)
Skin Type: All Skin Types (Great for Dry Skin)
Full Size : 25G | 0.88oz
Key Ingredient: Adenosine,Persea Gratisima (Avocado),Fruit Extract,Hibiscus Sabdariffa Flower Extract
Avo- Cuddle-Me Sheet Mask- Nourishing & Wrinkle Care
Avo-Cuddle-Me Sheet Mask ini merupakan formula berkhasiat yang kaya dengan antioksidan dari Avocado dan bunga raya yang sesuai sebagai anti-penuaan,mencegah tanda-tanda penuaan dan garis halus dari muncul.Ia juga melapisi kulit dengan lapisan pelembap yang dapat memastikan kulit muka stay supple untuk jangka masa yang panjang.Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Name : A'bloom's Sheet Masks (Ac-Me-Peach Sheet Mask)
Price : RM15.00 (10 Sheets)
Skin Type: All Skin Types (Great for Oily Skin)
Full Size : 25G | 0.88oz
Key Ingredient: Prunus Persica (Peach),Fruit Extract,Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Extract
Ac-Me-Peach Sheet ini khusus untuk mereka yang mempunyai trouble-prone skin, ia mengandungi ekstrak peach dan ekstrak pohon teh untuk merawat bintik-bintik serta meminimumkan liang-liang pore yang besar serta membantu mengawal minyak yang berlebihan.
Name : A'bloom's Sheet Masks (Sparkle-me-Bright Sheet Mask)
Price : RM15.00 ( 10 Sheets)
Skin Type: All Skin Types (Great for Combination Skin)
Full Size : 25G | 0.88oz
Key Ingredient: Niacinamide,Citrus Limon (Lemon) Fruit Extract,Citrus Aurantifolia (Lime) Fruit Extract,Camellia Sinensis leaf Extract
Sparkle-me-bright sheet mask ini pula sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit wajah yang kusam atau tidak bermaya.Kandungan lemon dan limau dalam mask sheet ini kaya dengan kandungan Vitamin C yang mana ianya dapat membantu mencerahkan kulit wajah sementara dapat memudarkan bintik-bintik gelap pada pada permukaan kulit.
Review: Saya sudah mencuba 4 variasi A'bloom sheet mask ini.Semua best!They aren't overpowering dan rasa gentle je dekat skin.Setiap satu mempunyai bahan yang berbeza yang mana ideal for different skin type.Pilihan utama saya adalah Brightening lemon Lime dan juga Nourishing Avocado.Harga yang sangat affordable,1 sheet hanya RM2 manakala 10 sheet hanya RM15!!Nak beli lagi tak??Sudah tentu.!!
Last sekali ialah Meringue Puffs.Rasa nak makan je..haha..dahlah warna soft,bentuk cute comel gitu.Oh ya,ini meringue Puffs ini merupakan beauty tools keluaran Althea yang pertama tau.!Fungsinya sama sahaja dengan beauty blender yang lain iaitu untuk mengaplikasikan foundation, concealer, primers, malahan blush yang bertekstur krim.
2.Name : Baby Meringue Puff (3P) Price : RM11.00 Full Size : 30*28mm
Material: High density latex free foam
Kalau korang lihat gambar diatas Meringue Puffs ini didatangkan dalam 2 saiz iaitu dalam saiz Giant dan juga Baby saiz.Untuk saiz Giant sangat ideal digunakan untuk menutupi area besar wajah .Manakala saiz baby pula sesuai untuk disapu dibawah mata,tepi hidung dan mana-mana sudut dan celah wajah.
kelebihan Meringue Puffs:
- Cepat dan senang-Meringue puff (Giant & Baby) boleh mengembang sehinga 1.5x dari saiz asal untuk fast coverage.
- Makeup sempurna -Blend dengan mudah dan senang namun hasil yang sempurna
- 2 way finish- Nak solekan matte gunakan dalam keadaan kering dan kalau nak efek glow basahkan dahulu sebelum digunakan.
Review:Puas hati dengan Meringue Puffs nie.Saya suka basahkan sedikit sebelum guna.Nak blend dan ratakan foundation pun senang.Puas hati bila tengok texture foundation bila apply dekat muka smooth je.Yang kecik saya guna juga sebagai sapuan highlight atau blusher.Kalau korang berminat boleh beli di website Althea seperti dibawah ya..
Review:Puas hati dengan Meringue Puffs nie.Saya suka basahkan sedikit sebelum guna.Nak blend dan ratakan foundation pun senang.Puas hati bila tengok texture foundation bila apply dekat muka smooth je.Yang kecik saya guna juga sebagai sapuan highlight atau blusher.Kalau korang berminat boleh beli di website Althea seperti dibawah ya..
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/
Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia
That’s all for today post. Until we see again in my next post.
#AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaAbloom
1 Comments
Thanks for posting this info. I just want to let you know that I just check out your site and I find it very interesting and informative.
ReplyDeleteBUY INSTAGRAM FOLLOWRS AUSTRALIA ||
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..