7 Great Malaysian Dishes You Must
try | Bangga menjadi anak Malaysia sebab bukan sahaja terkenal dengan
kepelbagaian budaya namun juga merupakan syurga makanan.Sudah tentu korang juga
mempunyai cita rasa makanan kegemaran sendiri kan.
Kali ini fiqa nak share dengan
korang 7 makanan Malaysia yang sedap yang korang mesti try.Bagi korang yang
belum try lah.Makanan ini memang famous dan menjadi pilihan hati kebanyakan
rakyat Malaysia termasuklah fiqa sendiri gitu.
1.
Nasi Lemak.
Images via snapguide |
Siapa je yang tak makan nasi lemak.Anak
kecil pun sukakannya apatah lagi orang dewasa kan.
Nasi lemak adalah hidangan nasi
yang dimasak dengan santan dan daun pandan.Nasi Lemak merupakan salah satu
hidangan paling terkenal di negara kita,jadi hidangan ini senang je jumpa di mana-mana kedai
makan.Kebiasaannya nasi lemak selalu
menjadi pilihan sarapan pagi tetapi pada masa kini ianya leh didapati tidak
kira waktu.
Nasi lemak kena lah ada sambal,ikan bilis,hirisan timun,kekacang dan
telur rebus.Nak tambah ayam goreng,sambal sotong,sambal udang atau kerang pun
boleh jer..ikut citarasa korang.Fuhh Perfect gitu!
2.
Roti Canai
Images via The Vocket |
Roti canai kosong 1! Kebiasaannya
pergi kedai mamak pagi-pagi mesti ramai pelanggan order roti canai sebagai
sarapan pagi kan.Antara menu favourite di Malaysia.Nak roti canai kosong atau
roti canai telur?Ikut kesukaan kamu.
Bukan sahaja di makan pada waktu pagi
tetapi ramai juga mengambilnya tak kira waktu.Kebiasaanya Roti Canai ni
dihidangkan bersama dengan kuah Dal,kari dan juga sambal ikan bilis.Roti canai
makan panas-panas memang sedap sampai tak sedar dah habis..hehe
3.
Satay
Images via Taste.com.au |
Craving for sticks of juicy
marinated meats? Kepingan daging yang diperap bersama bahan perapan dan bila
dibakar akan menaikkan aroma keenakannya yang membuatkan korang teringin nak
merasa.Itulah kehebatannya makanan yang bernama SATAY! Antara makanan kegemaran
rakyat Malaysia tidak kira kaum.
Terdapat banyak versi satay termasuklah satay
ayam atau daging lembu. Kebiasaannya satay dihidangkan bersama sos kacang
goreng ditambah bersama hirisan timun dan juga bawang.
4.
Banana Leaf Rice
Images via edgeprop.my |
Teringin nak makan beralaskan
daun pisang?Korang kenalah try Banana Leaf Rice nie.
Ia merupakan kaedah tradisional
untuk menghidangkan hidangan nasi pada daun pisang yang dibawa ke Malaysia
semasa penghijrahan kaum India Selatan. Dalam makanan daun pisang, beras putih (atau beras padi di restoran India asli) disajikan pada daun pisang dengan pelbagai jenis sayuran, acar, appalam dan perasa serantau lain (biasanya masam, asin atau pedas). Lazimnya, hanya kuah vegetarian (contohnya sambar) akan dihidangkan pada nasi kerana ia dimaksudkan untuk menjadi hidangan vegetarian tradisional. Walau bagaimanapun, kadang-kadang telur rebus, kari atau daging goreng atau makanan laut juga disajikan.
Cubalah dan ianya satu pengalaman makan
yang unik, sebab ia akan membuka selera anda serta memberikan kepuasan yang
lain apabila menikmati juadah atas daun pisang.
5. Nasi Kandar
Images via penang ws |
Juadah yang berasal dari Pulau
Pinang ini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia.Nasi kandar pada asasnya
disajikan dengan pilihan lauk kegemaran korang termasuklah kari,ikan telur dan
sayur bendi.Walaupun sajian ini sajian buffet style,korang boleh juga order ala
carte.Ikut citarasa korang lah nak macam mana kan.
6.
Asam Pedas
Images via rasa malaysia.com |
Sebut sahaja Asam Pedas semua
tahu bahawa masakan ini sangat sedap dan mampu membuatkan semua kecur air
liur.Asam Pedas nie mempunyai keistemewaannya yang tersendiri.Dapat makan ikan
yang fresh,tekstur kuah yang pekat dan rasa yang seimbang,pastinya korang akan “kesedapan”
sehingga menjilat jari.
7.
Cendol
Images via wikipedia |
Selepas melawat tempat-tempat
menarik dibawah matahari panas,saya biasanya akan mencari kedai menjual cendol
dan menikmati semangkuk cendol adalah perkara heaven.Sambil menikmati cendol
korang dapat menyejukkan badan korang yang panas tu sebelum menyambung aktiviti
korang.!
Pencuci mulut Malaysia yang
popular ini from a manual way of hand-shaved ice to an old school ice shaving
machine, mixed in with a match made in heaven - gula Melaka and
"santan" (coconut milk), uneven strands of green pea like-shaped
pandan vermicelli, and the end result is a perfect thirst-quenching dessert!
Habis baca and craving for this dishes tapi tak ada masa,tak sempat sebab kekangan waktu?Atau for days you just feel like staying in? Alah apa susah korang order je lah secara delivery. Dengan menggunakan FOOD DELIVERY by FoodPanda sure korang akan dapat menikmati your favourite food delivered dengan sangat cepat dan mudah gitu.
Fiqa sendiri kalau time busy atau bercuti, memang seronok gak guna servis food delivery mcm ni. Senang! Nak makan apa buka apps FoodPanda dah boleh order macam-macam. Jimat masa, jimat tenaga, perut pun kenyang.
3 Comments
wah..semua favourite menu ni. memang great sangat :)
ReplyDeletewahhh.. sedap :)
ReplyDeleteWahhh setuju sangat dgn list ni!! Dah lapar :(
ReplyDeleteSelepas makan main meal boleh pergilah makan Snek2 Malaysia haha
https://edureviews.com/blog/my/ms/12-snek-kanak-kanak-kegemaran-rakyat-malaysia/
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..