Semenjak pandemic COVID-19 melanda negara,perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan, kita semua diperintahkan untuk
duduk di rumah dan hanya keluar untuk membeli barang keperluan atau bila ada
kepentingan sahaja. Jadi semasa di dalam tempoh perlaksanaan PKP, dengan keadaan
dan pergerakan terbatas,kita semua tidak boleh pergi shopping seperti biasa,bercuti
atau pun melancong di tempat-tempat kesukaan kita.
Saya pasti,ramai yang sudah rindu untukk kembali
menjalani kehidupan seperti biasa dan juga merancang untuk pergi bercuti sekiranya
keadaan kembali normal.Mana tidaknya,setelah sekian lama terperuk didalam
kediaman masing-masing,sudah pastinya ramai merindui suasana diluar sana
seperti menghirup udara segar seperti dipantai dan tempat-tempat peranginan sambal
menikmati keindahan alam.
Fiqa ada juga plan nak pergi staycation
dengan keluarga selepas keadaan pulih dari pandemic yang melanda.Jika orang lain memilih untuk
bercuti di pantai atau pusat peranginan,fiqa rindu nak stay kat hotel,yang mana
sesuai untuk percutian singkat.Tapi kali ini fiqa memilih staycation di hotel yang
connected dengan pusat membeli belah.Yang mana ianya percutian all-in-one,boleh
menjamu selera,membeli belah,tengok wayang,bersantai-santai dan bermain indoor
game dengan anak-anak .
Jom tengok 5 hotel pilihan fiqa untuk percutian
nanti.
1.Le Meridien Putrajaya
Le
Meridien Putrajaya,terletak kira-kira 35km dari pusat bandar Kuala Lumpur bersambung
dengan salah satu pusat membeli-belah terbesar iaitu,IOI City Mall.Sekiranya
anda mencari hotel yang yang jauh dari kesibukan kota dan berada dikawasan yang
tenang,boleh masukkan hotel ini dalam
checklist anda.Ia mempunyai segala yang anda perlukan.
Hotel ini mempunyai segala yang anda perlukan untuk percutian yang.Hotel moden ini mempunyai 353 bilik yang menyediakan tempat penginapan yang sangat selesa semasa percutian anda.Selain mempunyai banyak kedai,mall ini memiliki gelanggang luncur berukuran Olimpik,panggung wayang,pusat bowling dan taman pengembaraan untuk kanak-kanak seluas 70.000 kaki persegi.Hotel ini turut menyediakan swimming pool untuk kanak-kanak, dan juga fitness center.
2.Sunway Clio Hotels
Sunway Clio Hotel adalah hotel bertaraf 4 bintang yang menjadi sebahagian daripada destinasi bersepadu seluas 800 ekar di Sunway City Kuala Lumpur. Hotel ini mempunyai koleksi Bilik Eksekutif Deluxe Plus dan Deluxe Plus dengan pemandangan laguna dan pemandangan kota yang indah. Sebahagian daripada tiga hotel di Sunway City, Sunway Clio Hotel 401 bilik ini dihubungkan terus ke pusat membeli-belah Sunway Pyramid, dengan Pusat Konvensyen Sunway Pyramid dan taman tema Sunway Lagoon yang terletak terletak hanya beberapa minit. Hotel Clio juga menawarkan pelbagai pilihan bilik dan suite yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda.
Puas berehat bolehlah berjalan ke pusat membeli belah,Sunway Pyramid yang mana ia menawarkan
aktiviti untuk keluarga termasuk bowling alley,an ice-skating rink,an archery range and laser-tag center.
Sudah tentu tumpuan utama ialah Taman Tema Sunway Lagoon! Dengan enam kawasan yang berasingan
di dalam taman, dari taman air hingga taman hiburan dan juga taman hidupan liar, anda pasti akan
menikmati keseronokan kuno.
3. The Gardens Hotel & Residences
The Gardens Hotel and
Residences Kuala Lumpur (dikenali juga dengan nama The Gardens - A St Giles
Signature Hotel & Residences) terletak di bangunan The Gardens Mall adalah
dibawah pengurusan St Giles Hotel, sama dengan The Boulevard Hotel Kuala Lumpur
yang terletak di bangunan Mid Valley Megamall.
The Gardens Hotel and
Residences turut menyediakan fitness center, dan juga swimming pool yang boleh
lihat pemandangan bandar Kuala Lumpur.The Gardens Hotel &
Residences dihubungkan terus ke The Gardens Mall melalui laluan yang terletak
di lobi. Pusat membeli-belah enam tingkat ini penuh dengan kedai-kedai yang berjenama,
serta dua pusat beli-belah (Isetan dan Robinsons). Dari The Gardens Mall, anda boleh
ke Mid Valley Megamall yang bersebelahan (berjalan kaki di tingkat viaground di
Pintu Masuk Boulevard atau dua jambatan yang terletak di tingkat 1 dan 2.)
4.One World Hotel
One World hotel salah satu hotel kegemaran ramai! Hotel bintang 5 ini mempunyai 438 bilik mulai dari Bilik Superior hingga ke Suite Eksekutif. Biliknya luas dan selesa, dan hotel ini mempunyai beberapa pilihan tempat makan seperti Cinnamon Coffee House,Zuan Yuan Chinese Restaurant,The Sphere lounge,dan Poolbar and Grill jadi anda tidak perlu meninggalkan hotel .
Hotel ini dihubungkan terus ke One Utama Stopping Centre .Bagi yang gemarkan aktiviti mencabar bolehlah mencuba aktiviti rock climbing di Camp 5.Selain itu anda juga boleh mencuba AirRider.Menggunakan teknologi terowong angin yang akan memberikan anda pengalaman skydiving tanpa perlu melompat dari kapal.Buat anda yang gemarkan sukan air pula dan teringin untuk belajar surfing bolehlah ke FlowRider ini. Terletak di tingkat bawah one utama,tarikan menarik ini meggunakan mesin yang akan mencipta waves untuk sukan seperti flowboarding, boadyboarding dan surfing. FlowRider ini menjadi tempat ideal buat semua peringkat umur.
5.Royale Chulan The Curve
Royale Chulan The Curve di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia adalah hotel bertaraf 4 bintang yang menyediakan penginapan mewah. Ia mempunyai 380 bilik dan suite, 3 restoran eksklusif, dan kemudahan persidangan moden. Setiap bilik juga dilengkapi dengan gabungan dekorasi kontemporari dan tradisional Malaysia.
Hotel ini bersebelahan dengan pusat
membeli-belah The Curve. Yang bestnya anda hanya perlu berjalan kaki sahaja ke
The Curve. The Curve merupakan pusat gaya hidup terbuka yang dilengkapi
lorong beli-belah khusus yang menjanjikan pengalaman baru kepada para
pelanggan. Dengan 250 kedai makanan dan butik fesyen yang didirikan jenama
terkemuka, inilah tempatnya di mana seseorang dapat memperoleh kepelbagaian
fesyen, hiburan yang penuh keseronokan dan makanan yang lazat. The Curve
dilengkapi hiburan luar bangunan yang dipenuhi acara muzik dan kesenian
sepanjang tahun.
Bukan itu sahaja, hanya di seberang jalan dari
The Curve (dihubungkan melalui jalan bawah tanah atau jambatan), anda akan
menemui Pusat IKEA di mana anda boleh membeli semua keperluan rumah anda, Tesco
untuk membeli-belah runcit dan Kidzania, Akhir sekali, seluruh kawasan ini mudah
diakses oleh MRT Mutiara Damansara yang menjadikannya sangat mudah untuk pergi
ke pusat bandar KL walaupun anda tidak memandu!
Sebenarnya, banyak lagi hotel
in Kuala Lumpur untuk Staycation yang menarik untuk family,tapi fiqa
kongsikan 5 dahulu yang mana ianya dalam list fiqa. Harap cepat-cepatlah wabak Covid-19
pergi dan dapatlah kita menjalani kehidupan normal seperti sedia sebelum ini.
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..